Isnin 23.10.23, selamat sudah Kakak Widad mendaftar di Unisza, Kampus Besut, Terengganu. Dulu dikenali sebagai Kampus Tembila. Kawi mengambil program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Dengan Kepujian. Tempoh pengajian selama 3 1/2 tahun. Nanti bolehlah Kawi transfer kredit subjek yang sudah belajar semasa di Politeknik. Alhamdulillah kebanyakan subjek yang kakak ambil di poli mendapat markah yang baik.
Kampus Besut hanya ada 3 fakulti sahaja iaitu
- Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)
- Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM)
- Fakulti Farmasi
Masa orientasi baru Kakak tahu yang kakak akan belajar di kampus pada tahun pertama. Tahun kedua belajar secara online manakalau tahun ketiga sambung semula di kampus. Jadi ibu pesan, kalau nak aktif buat masa tahun 1 dan tahun 3. Tahun pertama sahaja duduk di kolej dan tahun seterusnya perlu duduk luar. Tak apa lah.. itu lambat lagi. Nanti sahaja fikirkan.
Haritu Cik Yah ada beritahu Unisza banyak adakan program yang melibatkan masyarakat setempat. Program komuniti. Ahhh... best ni. Kot ada program lepaskan anak penyu ke laut pasti seronok!
Walau kakak belajar di Unisza seperti Abang Imi tapi tak sama kampus kerana Bami di Kampus Gong Badak. Jarak dalam 1 1/2 jam perjalanan.
Pendaftaran bermula dari jam 9 am - 1 pm. Masa kami sampai dalam jam 8.40 pagi jadi pihak urusetia sedang set-up tempat pendafaran. Kakak minta ibu temankan tapi ibu berdiri je lah kat depan parkir kenderaan. Mana boleh masuk ke tempat pendaftaran. Bolehlah ibu ambil gambar momen-momen anak ibu mendaftar. Peluang begini pasti akan ibu abadikan. Tanggung jawab ibu ayah untuk beri pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kan!
Kaunter ni mereka check dokumen yang dikehendaki. Di sinilah kakak minta pegawai tolong cetakkan satu dokumen yang diterima hari sebelumnya. Pasti ada pelajar yang tidak sempat print disebabkan tempoh waktu yang singkat.
Daftar kolej kediaman pula. Kakak baru jumpa kawan baru jadi mereka pakat untuk jadi roomate.
Mula-mula dapat kunci tapi bila masuk bilik di tingkat 4 tu dah ada seorang pelajar duduk di bilik tersebut. Jadi mereka berhubung semula dengan urusetia. Urusetia berikan bilik lain di blok berbeza.
Kali ni tingkat 2 je.. lega dah ibu. Sebelum tu ibu dan nenek dah panjat sampai tingkat 4 bawa barang kakak. Boleh longgar lutut 😁. Paling kuat semangat neneklah.. demi nak masuk tengok bilik cucu perempuan sulung masuk U. Ibu lagi suka bilik ni, takyah naik tinggi.
Teringat masa ibu masuk Matriks UUM tahun 1991. Masa tu pelajar Matriks perempuan duduk di Kolej Telekom. Ibu dapat tingkat 3. Lelah juga lah tapi takde lah masalah.. best je sebab floormate semua best!
Bila masuk Tahun 1-4, dapat Kolej MAS pula. Masa tu 99% batch kami dapat 1st floor je... ahhhhh.. nikmat! Tak perlu panjat tangga. Cukuplah 1 1/2 tahun naik turun tangga masa Matrikulasi. Patutlah dulu kurus hahahhaha. Kolej MAS terbaik bagi kami sebab bilik paling besar antara kolej-kolej kediaman di UUM. Paling best bila dapat bilik di bahagian wing yang ada 4 bilik sahaja. Bila masuk tahun kedua, ibu tukar bilik bahagian tengah pula. Maintain sehingga Tahun ke 4.
Ibu tolong kakak kemaskan serba sedikit bilik. Sapu2 dulu dan pasangkan cadar. Nanti kakak wipe lah segala locker dan almari sebelum letak barang. Sticker wall tu memang dah ada kat situ. Mungkin pelajar sebelum ni yang pasang. Biar je lah dulu. Nanti pandailah Kawi nak buat camne. Takut bila koyakkan rosak pula cat dinding. Mujur kaler tu lembut je dan memang Kawi pun pilih barang kebanyakkannya tema warna light biru.
Minta roomate kakak ambilkan gambar. Roomate kakak belum mula mengemas sebab asyik mengangkut barang disebabkan datang berdua dengan ayahnya. Ayah kawan kakak tak naik pun hanya tolong angkat barang sehingga depan tangga.
Mungkin lantai kolej kediaman sekarang sudah menggunakan jubin. Zaman ibu masih pakai simen sahaja. Ibu siap belikan kakak karpet tatami.
Roomate kakak dari Kuala Terengganu, Amirah.
Senang anak-anak sekarang, mesin basuh dan dryer di sediakan di setiap floor. Masukkan je duit biarlah ia bekerja. Cafe pun ada banyak kiosk. Bolehlah pilih makanan yang digemari.
Kakak kata harga bukan harga student. Kakak compare dengan masa belajar di Sabak Bernam.
Nak buat camne dik... hidup ini keras!
Tapi still rendah lagi compared di tempat sendiri.
Jarak antara fakulti dan kolej kediaman agak jauh juga rasanya lebih dari 2 km walau di kawasan yang sama. Bas disediakan to/fro setiap 30 minit.
Tahun pertama tidak boleh membawa kenderaan sendiri.
Blok pelajar perempuan dalam kampus yang sama manakala blok belajar lelaki di Taman Ilmu.
Kami tidak menunggu lama sebab perlu meneruskan perjalanan balik sebab ibu ayah hanya mengambil cuti Isnin sehari je.
Bolehlah kakak berehat dan kemaskan barang dulu. Jam 2 pm kakak ada Majlis Suaikenal.
Oh ya, yuran untuk course kakak bagi 1st semester ini adalah RM2,180.00Yuran keseluruhan pengajian RM29,651.00 dan ditanggung kerajaan RM20,621.00
Jadi sepanjang pengajian hanya perlu membayar yuran RM9,030.00
Kakak belum apply mana-mana biasiswa (jika layak) dan buat masa ini belum ada keperluan untuk apply sebarang pembiayaan pelajaran atau PTPTN. Ibu guna sahaja Insurans Pendidikan kakak. Insyaallah mencukupi untuk membayar yuran pengajian dan kos sara hidup. Tapi still ayah dan ibu kena tambah untuk bagi selesa belajar.
Ok kakak, nanti kita jumpa lagi. Insyaallah ibu ayah akan datang Terengganu lagi.
Sayu je kakak bila ibu ayah nak balik.Nanti bila-bila kakak boleh balik. Naik bas malam, tidur bangun tidur bangun sampailah ke Klang 😆
Sebelum keluar kawasan kampus, ayah berhenti di pintu masuk/keluar untuk mengambil gambar kenangan. Kebetulan takde orang lain. Bila dah siap barulah ada parents lain yang juga mahu mengabdikan gambar di situ.
Kami gerak balik jam 11.30 am.
Balik waze pun tunjuk jalan ikut pesisir pantai sebelum masuk ke LPT2 melalui Telemung.
Sebelum tu kami singgah ke Kampung Losong, Kuala Terngganu untuk membeli keropok lekor dan keropok kering sebagai buah tangan.
Alhamdulillah jam 10 malam ibu ayah sampai di rumah.