Pages

Saturday, October 28, 2023

Santai Sabtu

Mengenangkan minggu lepas sudah berjalan jauh jadi minggu ni nak betul² relax kat rumah.
 
Seharusnya ambil peluang untuk keluarkan peluh. Hari ni memang betul² santai berjalan pusing tasik 5 kali. Dapatlah 4.81 km. 

Beberapa hari lepas betis rasa sakit mungkin haritu naik 4 tingkat kolej kakak bawa barang. Tapi kat ofis pun tiap hari turun naik 3 tingkat tak pulak sakit. Mengada² lah kaki ni, manja sangat.

Balik tu siap² beli breakfast nasi lemak berlauk jadi boleh skip lunch. Sampai rumah ibu sapu tepi² rumah. Barulah nampak bersih. Last week ada orang potong rumput tapi ibu tak sempat sapu bila hujan turun hampir setiap hari. Hari kerja memang tak adalah nak bersihkan luar rumah🤭

Berehat² sambil layan Netflix di rumah sendiri memang nikmat.

Petang lepas Asar ajak ayah ke SCM (wajiblah ayah ikut sebab malam nak keluar berkumpul tengok rugby dengan kawan²) sebab ibu nak beli baju di McVoque. Butik berhantu buat ibu dan kakak. Plan nak beli 3 helai baju, bila keluar jadi 5 helai😁

Masuk sini sorang² sebab ibu takkan minta ayah tunggu. Bolehlah ayah ngeteh kat Teh Tarik Place.

Dinner di Food Court SCM. Ibu kurang berkenan makan kat situ. Makan situ harga agak overrated. Better makan kat restoren dalam SCM tu.

Ibu pilih Beef Lasagne, RM19.90

Salah satu sebab tak berapa suka makan situ ialah tukang masak warga asing. Adehhh... memanglah mereka pakai mask semua tapi tetap tak gemar.

Mungkin juga resto lain dalam SCM juga menggunakan tukang masak warga asing sebab tak nampak dapur mereka. Wallahualam.

Bila ibu post pic ni, kakak tulis "mana anak² u sis"😜😜😜

Gini lah bila hidup berdua!
 

8 comments:

  1. Tinggal la Ibu ngan ayah je berdua ha..sama la SA ngan Suami nanti. ..Dania tu nak sambung lagi belajar lepas habis degree...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waahhh... bagus Dania. Selagi nak belajar sehingga peringkat tertinggi mama terus support!

      Delete
  2. Saya pun selalu berdua-dua saja dengan Encik Suami kalau Firdaus sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruntung Kak Amie tiap hari dapat berdua-duaan minum makan berdua. Kami weekend je lah baru dapat spent time. Hari biasa ayah Rawiwa keluar awal dan balik lewat.

      Delete
  3. Akhirnya bila anak2 dah ada kehidupan sendiri, memang hidup berdua kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah WP. Ini mereka keluar rumah menuntut ilmu. Bila sampai masa keluar rumah kerana sudah mempunyai keluarga sendiri.

      Delete
  4. Saya dan suami dah plan,kalau nanti anak2 dah waktunya berpisah dengan kami, rasanya nak traveling ke Negara2 yg belum pernah kami visit dua saja 😄. Kapan lagi menikmati hobi. Kalo skr memang bisa, tapi terkadang hrs ajak anak, atau memastikan anak2 dijaga dengan babysitter. Kalo dah berdua, dah bebas 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tu Fanny. Insyaallah impian tu akan menjadi kenyataan. Sekarang pun sudah kerap travel berdua dengan suami ya. Bila anak sudah lebih besar dan pandai menjaga diri tentu lebih freedom untuk travel.

      Delete