Pages

Tuesday, October 24, 2023

Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu

Destinasi seterusnya adalah Pasar Payang, Kuala Terengganu. Pertama kali pergi sebelum ni Tahun 2018 masa tu masih di bangunan lama.

Baru tau nama pasar ni Pasar Kedai Payang.
Biasa orang panggil Pasar Payang sahaja.
Besar bangunan sekarang dan konsep open. Semua dalam floor yang sama dan kedai ada partition. 

Ibu dan nenek masuk dahulu sementara ayah dan Kawi tunggu dalam kereta. Bila dah ada parking baru ayah masuk tinggalkan Kak Widad seorang tunggu.

Ibu sekadar ambil gambar je, tak beli pun pakaian.
Ayah beli sepasang baju batik. Tambah koleksi katanya.


Ibu beli kacang gajus dan pistachio.
Gajus untuk Kawi manakala pistachio buat makan-makan dalam kereta.

Nenek beli teko yang besar RM20, kalau kecil RM16.
Sakit hati beli dari penjual ni... tak mesra alam. Main perli-perli pulak!

Nenek nak cari kitab, tak jumpa pulak kedainya.
Tak sure ada ke tak sebab nenek kata ada member beritahu di situ ada jual banyak kitab.

Kuih tempatan juga ada.

Kat luar baru ibu cari makanan panas dan air.

Pepes ikan sekeping RM2
Ibu beli 3 keping.

Satar, 1 cucuk ada 3 pcs berharga RM2
Yang ni beli 2 cucuk tapi bila makan rasa tak sesedap yang dibeli sebelum ni.
Ada kawan beritahu satar yang sedap di sekitar Kemaman.

Pulut panggang.

Otak-otak.


Ini makanan tradisi Terengganu, Ladu.
Rasa pedas rempah.
Pertama kali makan.

Cukuplah jalan-jalan sekejap dalam ni, nak bagi aura datang Terengganu 😀 
Hari pun masih awal, masa ni dalam jam 11 camtu tapi matahari dah atas kepala.

4 comments:

  1. alahai..kenapa pekedai tu x nak layan..mcm mana nak laku jualan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita try lah tawar harga tapi cara dia menolak tu agak menyakitkan hati. Mungkin kami orang luar. Kalau ikut tak nak beli kat situ tapi kesian pulak kat mak nak kena jalan lagi cari teko yang mak nak, kesian pula. Jadi ambik je lah.

      Delete
  2. Tak bestlah kalau peniaga tak mesra. Ingatkan semua peniaga di pantai timur peramah belaka. Tak apalah, hari itu tak ada rezeki dapat layanan mesra alam.
    Makanan tu pun nampak sedap-sedap belaka.
    Nak kena ingat ni, satar yang sedap di Kemaman. Mana tahu suatu hari saya sampai ke sana pula.

    ReplyDelete
  3. Saya tertarik liat semua kue2 yg dijual ❤️😍. Selalu suka mencoba aneka kuliner yg belum pernah saya coba sebelumnya. Tapi kalo otak2 Malaysia dan pulut dah pernah coba. Lainnya belum

    ReplyDelete