Dinner ayah decide makan di Zul Ikan Bakar, Kuala Besut hasil review dari google. Cari yang dekat-dekat je. Lepas pergi Masjid Lapan Kubah dan bawa nenek ke klinik kita terus tuju ke restoren ni yang terletak betul-betul di kuala. Nenek pagi tu sakit kaki mungkin gout datang. Dah lama tak sakit tetiba pula datang. Kenalah injection bagi cepat recover.
Sebelum tu cari kedai printer nak print dokumen kakak yang baru diterima. Susah pula nak cari kedai sebab tak biasa datang sini. End up minta kakak beritahu kat urusetia untuk print kat sana. Masa abang Imi daftar memang mereka ada sediakan printer.
Puas makanlah... siap tapau untuk Kakak Widad.
Untuk makanan laut celup tepung minta sahaja dari kaunter gorengan. Harga sudah ditetapkan RM15 sepinggan untuk sotong dan udang. Ikan kembung pula RM5 seekor. Gorengan yang sampai semua panas-panas.
Portion sangat memadai dengan harga yang ditawarkan.
Ikan pun sangatlah freshnya.
Masa gorengan sampai kami makan dahulu sebab dah lapar. Ikan bakar lambat pula sampai. Jadi makanlah perlahan-lahan.
Ikan bakar berempah.
Diberi sambal kicap yang sedap.
Cumanya kat restoren ni hanya menyediakan nasi putih, makanan laut bakar dan goreng-gorengan.
Tiada menu sayuran untuk diorder.
Tercekik jugalah makan sebab tiada masakan berkuah 😁
kakak widad jauh sambung bljr ke pantai timur ye..
ReplyDeleteYa Afzan, dah geng dengan abang dia.
DeleteMemang makanan belah² sini fresh belaka seafood-nya. Tepi lautlah katakan :)
ReplyDeleteBetul PH.. tapi tak puas makan seafood kat sana hahah.. nak kena datang lagi.
DeleteSedapnya ikan tuka bakar.. meriah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. paling selamat pilih ikan tuka untuk dibakar selain pari. Senang nak makan hehe
DeleteIkan tuka tu ikan pari kan.cuma dia kecik skit..dapnya menu goreng tepung...
ReplyDeleteBetul tu SA. Cuma isi dia kurang lah. Sesuai untuk goreng tepung. Kalau nak masak asam pedas better pari.
DeleteSedapnya ada goreng-gorengan yang fresh. Kalau saya memang nak ratah saja.
ReplyDeleteRatah je memang sedap Kak Amie tapi kena makan nasi sebab last makan berat pagi tu.
Delete