Pages

Saturday, October 14, 2023

Makan² Di Pantai Remis

Dari kedai cermin mata tu kita gerak terus le Pantai Remis, Jeram. Jarak lebih kurang 45 minit dari Klang. Kalau dari rumah dalam 30 minit je.


Dah namanya angkut 2 anak buah, nasib lah yang pakai seluar kotak²😅😅 Mujur warna matching dengan baju.

Sampai Pantai Remis terus masuk ke restoren sebab plan memang nak makan kat situ. Kira late lunch dan early dinner.

Ini yang diidam²kan, kerang rebus. Sepinggan ni RM15. Sekarang tak penuh pun pinggan.
Sos pencicahnya sedap.

Dumpling udang RM6

Keropok lekor RM5

Zara macam nak makan orang je.. lapar ke😄

Alya masa kecik dah biasa ikut makngah tapi bila dah besar ni malu² sikit.

Simple dish tapi amat menyelerakan bila masing² dah lapar.

Ibu pesan nasi putih 4, kailan ikan masin, telur dadar 2 orang makan, ikan pari bakar, tuka² bakar, sup kosong dan kerang rebus. Air pula 1 teh o ais laici (special untuk nenek) manakala yang lain hanya memilih air kosong.
Harga RM58.40

Fresh betul ikan pari ni. Dibakar dengan elok. Makan dengan sos pencicah yang marbeles!
Tengok gambar ni masih teringat².

Lepas makan tu kita solat Asar dan kemudian jalan² di pasar.

Sebenarnya ibu nak beli kerang, jumpa satu gerai ni jual kerang saiz besar sekilo RM16. Nanti lah... nak tengok gerai² lain. Sekali... bila datang balik, kerang yang saiz besar tu dah habis... adoiiii... tak ada rezeki.

Hanya tinggal kerang saiz sedehana (RM13) dan kecil (RM10). 
hurmmm... tak apalah 🤧

Jumpa Ikan Lumek, rasa macam pertama kali nampak. Ngeri pula nengok sebab muka pelik. Mulut ikan ni ternganga🤕

Peniaga tunjuk cara siang ikan ni. Dijual sekilo RM12 tapi ibu beli 1/2 kilo je sebab pertama kali nak try masak.

Tengok² je tak beli pun. Cuma nenek beli telur ikan itupun beli RM10 je.

Pelbagai jenis kerang-kerangan dijual tapi ibu tak beli. Ada peniaga jual oyster dan ada pembeli makan terus di situ. Sekeping RM6. Nampak hanya dibubuh lemon sahaja sebelum dimakan.

Oh ya... ibu beli juga 5 papan petai. Banyak sayuran kampung dijual. Ibu tak ambil sebab 2 hari lepas dah topup beberapa jenis sayuran di rumah.

Ibu beli 3 cup jeli kelapa untuk makan² di tepi laut.

Ibu bagi Zara dan Alya seorang RM10 untuk beli kudap²an yang diingini.
Zara beli jagung cawan (RM4) manakala Alya beli pancake coklat (RM10).

Minta Alya ambilkan gambar makngah dan nenek.

Matahari di balik awan.

Cuaca dan angin yang sangat baik petang ni.

Masa ni Kawi dalam kereta sebab sakit perut. Padahal Kawi yang ajak datang sini untuk menikmati angin petang.

Dingin dipukul bayu!

Nenek sedang nenikmati jeli kelapa😁

Zara ambil picture untuk hantar kepada kawan².

Alya si seluar kotak!

Makin terhakis pantai di sini. Itu yang diletakkan batu²an.

Jam 6.40 pm kita gerak balik.

Sebelum Kawi minta belikan kek batik topping biscoff dan matcha.

Ibu hantar Kawi balik rumah dulu kemudian baru hantar nenek and the gang balik rumah. Sempatlah ibu melepak dan sembang² sebab ramai adik² balik rumah. Jam 11 pm barulah bali rumah.

Alhamdulillah, hari yang produktif.
 

2 comments:

  1. Cantiknya pemandangan..SA x pernah pi lagi kat sini..macma menarik je nak pergi..pemandangan cantik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini je lah laut yang paling dekat SA. Bahagian ni pantai takde sebab hakisan jadi diletakkan batu-batuan je. Mana2 dok tepi laut memang view awesome kan.

      Delete