Pages

Thursday, October 19, 2023

Pengat Pisang

Semalam balik kerja tengok pisang nangka yang nenek bagi dah masak. Ingat nak goreng pagi tapi malaslah pulak pagi-pagi nak berpeluh kat dapur.. lagipun tinggal Kakak Widad je ada, dia bukan nak makan pagi pun, ecehhhh... alasan 😆

Terus ada idea buat pengat. Bahan semua ada. Pandan yang hampir layu dalam peti sejuk masih banyak lagi. Gula kabung yang beli di Tanjung Dawai pun belum guna. Santan kotak je yang tinggal, bolehlah.

Siaplah pengat pisang dan ibu tambahkan dengan tepung gandum yang dijemput.
Cuma terlebih biji sagu jadi nampak likat sikit.

Ibu suka pengat pisang dari pisang nangka sebab ada rasa masam manis. 
 

10 comments:

  1. rumah saya kalau buat pengat pisang saya sorang je ulang-ulang makan,kadang sampai berminggu2 dalam peti ais..Pia dengan waled langsung tak pandang pengat pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je Afzan, diorang makan sesudu dua je. Tu akak tak buat banyak, boleh makan lagi 2 kali.

      Delete
  2. wadduh, dh lama bebienor wak x mamam pengat pisang manis potong kaki nih., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa wak... pasti kebun wak banyak pisang. Minta wak wedok buatkan je.

      Delete
  3. sedap nih, tapi kan kak ana alah sungguh kalau pisang nangka, lepas makan mesti semput kadang mengidam je nak makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke kak.. ada certain pisang tak boleh makan. Boleh pakai pisang lain cuma takde lah rasa masam sikit tu.

      Delete
  4. Sedapnya pengat pisang ni. Lama tak makan....nak kena buat jugak la.

    ReplyDelete
  5. Ini mungkin mirip Kolak Pisang kalo di Indonesia ya kak . Mirip soalnya, pakai santan juga. Terkadang pun di sini ditambahkan dengan nangka, ubi orange dan kolang Kaling. Saya pun sukaa. Tapiii biasanya dijual hanya pas ramadhan 😄. Kecuali nak bikin sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia.. ada santan. Betul lah tu kadang ditambah ubi orange kalau disini kita panggil keledek. Keladi (yam) juga boleh. Tapi kalau kolang kaling tak pernah jumpa lagi.

      Delete