2 hari lepas Kakak Widad ajak ibu temankan ke kedai cermin mata untuk buat yang baru. Spec yang sekarang dah tak selesa. Lepas Zohor kita keluar rumah dan ibu ajak nenek sekali. Saje ajak jalan². Sampai rumah nenek, ajak juga Zara dan Alya sebab kereta kosong. Buat meramaikan majlisππ. Ayah tak join sebab ada aktiviti dengan geng SAS.
Sabtu dan Ahad kebiasaannya ramai datang kedai ni sebab lama dah mereka promo bingkai dan cermin dengan harga yang sangat berpatutan dan bergantung kepada cermin yang digunakan.
Ye mak...
oooo.... cermin mata mak hilang, entah kat mana letak. Mak nak buat juga lah.
Boleh je mak.
Tadi tak bagitau nak pergi kedai cermin mata.
Ye lah.. ajak cakap nak gi Klang je π
Maka sesi memilih bingkai cermin mata dulu, baru jumpa optometrist.
Ni nenek dah duduk kat luar sementara tunggu turn Kak Wi. Penuh dah pelanggan dalam kedai.
Petang ni ada rezeki minuman petang disediakan. Tak pasti pula mungkin ada dari pagi. Sedap pula teh tarik tu!
Insyaallah dalam masa 7 hari siap lah specs tu nanti tapi kebiasaannya 2-3 hari dah siap. Mereka akan hantar melalui pesanan SMS.
steady 'pantun' nenek.. kalau bukan kedai melayu dia nk beli ke x? hehehe... layankan saje kan kak queen kita nan seorg tu.. alhamdulillah nenek x ada katarak... syukurlah
ReplyDeleteHahahah.. direct pantun. Sebelum tu cermin mata yang dibuat kat satu kedai ni tak selesa pakai compared to yang buat kat kedai Ashraf. Masalahnya yang selesa dipakai tu hilang pulak.. entah mana letaknya π
Delete