Pages

Saturday, October 7, 2023

Unicorn Calligraphy Dual Brush Pen

Masa awal-awal Wafi masuk asrama, ada request belikan Unicorn Calligraphy Dual Brush Pen. Pen ni bertujuan untuk buat nota. Ada 2 bahagian, 1 mata nipis untuk menulis dan 1 lagi mata tebal untuk buat highlight.

Rasa pakai sebulan dua sahaja bila Wafi kehilangannya. 
Hurmmmm...

Ibu beli di MPH, harga agak mahal juga kalau tak silap RM35.90 untuk set 12 pcs.
Disebabkan Wafi nak guna, belilah lagi. Ibu tak jumpa di kedai stationery lain. 
Bila ibu check di Shopee, harga pen ni jauh lebih murah.
Mungkin sudah tiba masa ibu perlu beralih ke online purchase!

Hari tu masa ke MrDIY Wafi jumpa similar to this pen tapi ada 6 kaler je. Kalau hilang juga takdelah terkilan sangat sebab harganya lebih murah.

Haraplah Wafi jaga barang dengan elok!

4 comments:

  1. skrg shopee memg murah.....
    better beli online je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah Cuya, akak nak cuba lah Shopee ni sebab biasa Widad yang tolong belikan.

      Delete
  2. Kesian kalau anak-anak hilang peralatan menulis atau mewarna. Wafi kena simpan dengan elok, jangan lupa tulis nama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kak, dia cuai, macamana simpan pun tak tau. Memang dia ada tulis nama kat kotak tu je tapi bila beli baru saya terus letak sticker nama setiap pen dan dia sendiri tulis tempat rahsia katanya.

      Delete