Dari Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira 1 1/2 jam perjalanan untuk sampai ke Besut. Homestay yang ditempah melalui Booking.com pun dah sedia. Ayah ambil Al-Islah Homestay bila review rating yang bagus. Homestay pun tak jauh dari Unisza dalam 17 minit sahaja.
Al-Islah Homestay
Lot 1230 Kampong Limbongan,
22200 Kuala Besut
Tel : 016-9866024 / 016-4446024
Washing machine juga disediakan.
Wifi juga tersedia.
Masa kami sampai sudah tersedia keropok dan juga buah rambutan dan rambai.
Tak goreng pun keropok tu sebab yang tersedia goreng pun makan sikit je buat alas perut sebelum keluar dinner. Ayah lah sempat makan Maggi bila dah terasa lapar.
Inilah Al-Islah Homestay.
Rate yang dibayar RM130 per night.
Parking berbumbung pun ada muat untuk 2 buah kereta.
Bolehlah lepak-lepak kat luar ada kerusi rehat kat situ.
Rumah tersergam indah ni empunya homestay. Sebelah kanan tu lah Al-Islah Homestay.
Ibu perasan rumah-rumah di kawasan yang kami lalu kebanyakannya besar-besar dan cantik-cantik belaka.
Pilihan sarapan kami mestilah masakan Pantai Timur.
Eat like a local... haaa gitu!
Ibu pilih nasi kerabu, nenek kata nak makan nasi dagang pulaklah.
Kak Widad seperti biasa akan pilih laksam jika ada menu tersebut dan ayah ambil nasi berlauk ditambah patin masak tempoyak.
Puas hati dapat makan local food yang sedap.
okey la homestay dia , besar pun besar..murah juga..bagus owner homestay sediakan kudapan
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga terus murah rezeki owner HS.
DeleteRezeki dapat menginap di homestay harga begini. Biasanya kita hendak bersihkan diri, solat dan berehat sahaja, itu pasal tak sempat hendak masak atau lepak-lepak di ruang tamu homsetay.
ReplyDeleteBagusnya, tuan rumah sudah sediakan keropok dan buah-buahan.