Pages

Monday, October 2, 2023

Abang Muhammad Balik Malaysia

Tengahari semalam Abang Imi beritahu yang Abang Muhammad sudah sampai Malaysia pada hari Sabtu. Stay satu malam di rumah kawan di Shah Alam. Dia tumpang sekali kawan sesampainya di KLIA. Nak buat surprise pada Ummi dan semua yang ada di Tapah. Abang Muhammad nak jumpa nenek dulu dan stay satu malam jadi boleh lah jumpa other cousins. Ada cousin yang tak pernah jumpa lagi sebab masa diorang lahir Abang Muhammad berada di Mesir.

Insyaallah akan menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah tahun hadapan.

Kita bertiga pick-up Abang Muhammad di Central Walk i-City, Shah Alam. 
Alhamdulillah sihat. Last sekali jumpa masa balik bercuti tahun 2020.

Berapa kg lah beg tu!

Seronok Bami dapat berjumpa idola.

BFF selamanya, Insyaallah.
Dari kecik main sama².
Umur mereka beza 2 tahun. Abang Muhammad 25 manakala Bami 23.

Kemudian kami bawa makan di Polperro Steak House di Seksyen 7, Shah Alam. Abang Imi yang suggest makan sini. Ini kali pertama ibu dan ayah sampai. Abang Imi dah pernah makan dengan Imran dan Izzat di sini.

Jomlah order makanan.

Price range kat sini affordable lah bagi ibu dan serving pun banyak.

Abang Imi ambil chicken chop, ada pula 2 ekor udang galah atas tu.

Abang Muhammad makan lamb shank.
Kat sana tak makan sebab mahal.

Lamp chop ni ayah yang pesan, lembut dagingnya.

Ibu lapar nasi, jadi ambil chicken butter and fried rice.

Bami cakap, bila nak makan ni 😂😂😂

Relax lah Bami, bukan selalu dapat jumpa Abang Muhammd.

Muhammad Iqbal, cucu pertama dalam Shohari Clan.

Bercita-cita tinggi dalam politik.
Semoga terus sukses dunia akhirat.

Surprise Abang Muhammad pada family Tapah tak menjadi bila Cik Awie telah terbocorkan rahsia.
Cik Awie post gambar beg2 dalam whatsapp grup. Yang kat rumah nenek tak sempat nak beritahu.
Jadi ummi dah baca dalam mesej. Ummi tulis macam kenal je beg tu🤣. Ibu pun baca terlewat dan nasi sudah menjadi bubur huhu.

Sorrylah Abang Muhammad, makngah dah sedaya-upaya rahsiakan.

Tapi Abang Muhammad dapat surprisekan ayah.
Boleh lah tu 😁😁

10 comments:

  1. Heheee... lucu pula terbocor rahsia.
    Apapun, semuanya nampak happy bila dapat berjumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia kak, saya pulak yang tersurprise bila baca whatsap, nak suruh delete pun dah tak boleh.

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah WP, semoga anak buah ni punya pekerti yang baik. Idola adik-adik sepupu yang lain.

      Delete
  3. Bersih mulanya, berseri-seri aura orang balik Mesir :)
    Mesti semua tak sabar nak jumpa Abg Muhammad ye ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH, bersih muka Abg Muhd. Sampai sini ayat dia bagitau makngahnya.... sini panas... huhhh... sabar je lah.

      Delete
  4. Wah..baru SA tau akak ada anak buah belajar kat Mesir..sejuk je raut wajah dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SA, anak buah sulung ni lebih kepada bidang agama.

      Delete
  5. Lamb shank nampak menyelerakan ni. Jauhnya belajar. Moga mudah pembelajaran di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba Ezna sebab sekarang ni sedang ada promo RM35 untuk 2 pcs.
      Alhamdulillah, semoga asbab redha anak merantau untuk belajar, ibubapanya dapat pahala.

      Delete