Pages

Saturday, October 7, 2023

Widad Di Majlis Konvokesyen ke-17 PSIS - Part 1

Pagi ni barulah berkesempatan buat entry konvo Kak Widad. 
Untuk course Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan beberap course lain diadakan pada hari ke-dua iaitu 5.10.2023. Jam 6.50 am kita dah gerak dari Hotel Grand Court Inn, Sungai Besar. Belum check out sebab Abang Imi nak balik hotel sambung tidur, jadi Bami lah hantar kita dulu.

Sebelum tu seawal jam 3.30 pagi Kawi dah bangun, dengan ibu ayah terjaga sekali. Ibu pulak berapa kali dah terjaga sebab malam sebelum tu tidur awal. Kak Widad engage MUA untuk mekapkan sempena konvo ni. Semua tu kakak cari sendiri. MUA dari Sungai Nibong sampai seperti waktu dijanjikan 5.00 am. Mujurlah bilik besar dan 2 katil queen, bolehlah yang lain sambung tidur lagi berkelubung!

Kakak kata baju dari designer Nurita Harith... cari sendiri. 
Entah lerr... baju ibu design sendiri je hahaha.. beli kain kat Kedai Bunga Raya, minta Cik Biela jahitkan 😄😄

Sematkan pin Pingat Ketua Jabatan di jubah siap-siap.

Cik Ana terpesona dengan lengan baju Kawi 😁 berbelit2 ibu nengok. macam-macam fesyen!

Kak Widad berkumpul di sini. Kami terus menuju ke dewan besar.

Kad jemputan ibubapa.
Kali ni masuk awal untuk slot in duduk depan dan tengah. Ayah masuk dulu sebab ibu nak order bouquet. Bouquet tak boleh bawa masuk ke dalam dewan.

Dr Mazura dari jauh sebelum menuju ke arah kami.

Kak Widad bersama barisan rakan-rakan.
Nampak tak kasut cream kakak tu.. hurmmmmm... sepatutnya pakai kasut hitam. Boleh pulak kakak ignore Dos & Don't.
Terpaksalah petugas cari kasut kawan-kawan yang sudah selesai untuk dipinjamkan. Mujur kakak orang last.
Kecik besar kecik besar je ibu nengok Kawi dari belakang.

Tu haaa... nama Widad Hanani penerima terakhir diploma.
Pelajar ke 545

Tepukan gemuruh buat Kawi sebagai pelajar terakhir.
Lega dah kawan-kawan menunggu 😁



Alhamdulillah.
Tahniah Kak Widad. Belajar secara online most of the time disebabkan PKP dan covid.
Sangat mencabar namun berakhir dengan baik.

Ehhh.. ada kejutan, ada seorang lagi pelajar selepas Kak Widad. Kakak terpinga-pinga bila diminta tunggu di atas pentas.

Kawan Kawi berkerusi roda ditolak masuk. Kemalangan sebelum ini, kakak pun tak pasti bila.
Allahu.. semoga baik-baik buat anak ini.

Selepas habis majlis konvo kawan kakak hantar mesej minta maaf sebab kongsi pentas dengan kakak.
Laaa... fikir sampai camtu sekali.. inikan hari bahagia buat semua setelah 3 tahun berhempas-pulas belajar sebelum meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Habis kesemua pelajar menerima diploma mereka, ada persembahan dari pelajar.
Sedap betullah mereka menyanyi.
Selepas persembahan pelajar terpilih menerima anugerah khas pula.

Mereka ditempatkan di sini.

Masa rehearsal baru Kak Widad tahu dapat Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Sesi 2022/2023 bagi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK).
Kakak kata ingat nak buat kejutan buat ibu ayah tapi tak jadi kot lah ibu ayah keluar awal dewan 😂😂

Syukur Alhmdulillah atas rezeki dari Allah.


Masa awal masuk dewan TPA En. Nizam dah mesej beritahu ayah yang kakak akan naik pentas 2 kali. Itu yang semangat ayah cari seat yang depan.

Jam 12.30 majlis konvo kakak berakhir.
Kami tunggu dalam dewan sebab kakak nak jumpa Ketua Jabatan dan kawan-kawan seperti yang telah dijanjikan. 

Ibu minta ayah pakai kemeja dan baju kot tapi mana nak tau pakai tie Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS).
Hurmmm.... 

Ayah dan Kawi.

Masa ni baru je habis dan belum keluar dewan, jadi bunga tak ambil lagi.

Kak Widad bersama Najwa, anak Dr Mazura yang mendapat Diploma Perbankan Islam.

Bersama Dr Mazura. Terima kasih Zura bagi jambangan bunga.

Bila dah berkurangan pelajar baru lah ambil gambar di depan pentas.

Dr Mazura rakan ibu dari zaman UUM dan kebetulan merupakan pensyarah di Politeknik Sultan Idris Shah.


Next gambar-gambar Kak Widad di luar dewan.


6 comments:

  1. Cantiiiiik sangaat kak Widad 😍❤️. Make up nya pun pas, menyerah kecantikan. Kak Widad ini mirip dengan ibunya 👍☺️

    Apapun, congratulations untuk convo nya kak Widad. Semoga selanjutnya semakin dipermudah jalan untuk menemukan pekerjaan yang mapan atau mungkin nak lanjut sekolah lagi 😘?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MUA mekapkan memang puas hati Fanny.
      Terima kasih Fanny, insyaallah Widad mahu sambung ke degree selepas ini.

      Delete
  2. hahaha... ada lg kes pinjam kasut... baru² ni student kami semua konvo di PICC... naik flight x bawak kasut hitam formal... habislah kasut pensyarah kena wakaf hari tu... ramai pulak yg x bawak kasut formal... lepas habis sidang hari tu kasut pun menghilang... kesian member... hihihi... kasut wakaf di hari konvo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa student juga KM. Disebabkan student ramai, nampaklah lecturer tolong pinjamkan dari student yang belum atau sudah ambil skrol. Sempatlah rotate kasut tu. Geram je dengan Widad ni, tak baca betul2 kot. Padahal kasut tu kami beli sama2. Dia pulak takde cakap kena kaler hitam. Cuma dia cakap kasut tu nanti boleh bawa ke kelas kalau masuk degree.

      Aduhh.. sian member kasut menghilang. Mungkin lepas ni kena standby kasut siap2 hehe

      Delete
  3. Suka la tengok kakak widad ni..dulu duk confuse siapa Kawi yang akak selalu mention rupanya Kakak Widad..cantik mekapnya..mula macam x kenal..sebab kakak widad kan jarang mekap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Widad = Kawi
      Abang Imi = Bami
      panjang sangat tulis ringkas je😅
      Mekap konvo tapi sejam lebih juga... tu belum mekap pengantin hehe

      Delete