Balik dari ofis tadi singgah pasar malam untuk beli makanan dinner. Nampak pula buah tampoi. Rasa sekali je makan lama dulu ummi bawa balik. Masa kat pasar ingat warna kulit buah ni oren. Maklumlerr.. dah malam, hujan pulak tu. Bila sampai rumah nampak macam lebam. Tadi penjual kopekkan dan bagi rasa. Manis.
Beli sekilo je, RM8.
Isi cantik dan rasa manis.
Buah tampoi ni seakan buah duku tapi saiz lebih besar. Rasa seakan-akan rambai. Isi tu ada beberapa ulas macam manggis.
Kalau rambai bolehlah telan bijinya sebab saiz kecil tapi biji buah tampoi ni agak besar. Tak gamak pula nak telan takut tumbuh pokok dalam perut 😅😅
Ooo manis ye rasanya.
ReplyDeletePernah juga beli beberapa kali di Pahang dan Melaka, tapi rasa masam-masam pula.
Aah kak, ini manis. Mungkin dah cukup masak atau ada spesis lain yang masam2.
DeleteDulu masa duduk tengganu selalu jumpa buah ni
ReplyDeleteKebanyakkannya masam
Tak tau pulak wak buah tampoi dari mana dan kebetulan manis pulak. Saya pun sudah lupa sebelum ni makan manis ke masam. Bila diberi rasa oleh penjual dan manis, itu yang saya beli.
DeleteDulu kecik- kecik sentiasa dimomokkan jangan makan biji buah2 apa2 pun sebabnya nanti tumbuh dalam perut, padahal orang tua2 takut anak- anak tercekik kan..
ReplyDeleteBetul tu SA, orang tua dulu suka guna bahasa tersirat. Anak-anak ngikut je. Kita sekarang kalau cakap gitu, anak-anak pasti tanya kenapa dan kita lebih open.
DeleteSaya belum pernah lihat buah ini kak. Baru tau setelah baca ini. Tertarik pula nak coba 👍. Ntahlah di sini ada atau tak yaa.. takutnya beda nama pula 🤭
ReplyDeleteBuah-buah nadir begini pasti ada di Indonesia Fanny. Bila saya google juga menggunakan nama yang sama cuma ejaan sahaja mungkin berbeza, tampoi atau tampui.
DeleteTak pernah nampak kak buah ni..
ReplyDeletebuah rambai pon Cuya tk pernah makan..
Kat Melaka ni susah nk jumpa
Tak pernah makan lagi buah tampoi ni.
ReplyDelete