Esok hari konvo Kak Widad jadi hari ni Kawi, Bami dan ayah gerak awal ke Sabak Bernam hari ni. Disebabkan ibu dalam minggu closing taknaklah ambil cuti lebih. Apply sehari je annual leave. 1/2 hari ibu compensate dengan hari Sabtu yang ibu kerja masa year end closing.
Jadi ibu decide ambil bas je walau mulanya plan ambil grab Cik Awie bila tengok tiket last 5.30 pm. Tak sempatlah ibu kejar bas terakhir tu. Bila teringat untuk ambil cimpensate leave tu baru lah cari bas yang paling hampir dengan timing ibu keluar.
Mulanya Kawi larang ibu naik bas sendiri dan samggup tunggu ibu balik 1/2 day. Ibu taknaklah sebab nanti rushing, Kawi nak ambil jubah dan rehearsal. Better ibu pergi sendiri. Entah apa yang dirisaukan Kak Widad dek ibu naik bas pun tak tau. Mungkin usia ibu sudah separuh abad kotπ
π€£
Ibu dari sekolah menengah dah biasa naik bas kot.. Tambahan bila Form 4 masuk Sekolah Teknik Ipoh lagi lah merata naik public transport. Kalau dari Ipoh naik bas ke Puduraya kemudian jalan kaki naik ke Stesen Bas KL-Klang. Sampai Klang naik bas lagi ke rumah pula.
Ada masa naik Relbas KTMB. Sama gak dari stesen KTM KL tu kena ke Stesen Bas KL-Klang.
Masa zaman ibu sekolah takde bas express Klang-Ipoh. Itu yang kena ke KL. Ada masa bas Klang-KL lambat. Jadi kena naik bas lompat². Dari Klang ke Teluk Intan. Kemudian cari bas ke Ipoh pula. Dari Ipoh ke sekolah naik bas Kinta atau teksi sapu.
Bersambunglah sampai ibu Matriks dan degree UUM. Ulang-alik naik bas. Rasa masa tahun 3-4 baru ada bas direct Klang-UUM. Ingat lagu nama bas tu Jelita. Itupun bas kena naik kat Bas Stand Klang. Nak ke sana kena naik 1 bas.
Camtulah Kawi... kehidupan ibu sebagai pelajar. Atuk takde kereta sendiri. Kehidupan masa tu pun sederhana sangat. Ibu boleh berdikari. Bila fikirkan semula camne lah ibu boleh survive masa tu terutama jalan di area Puduraya tu π
Ibu rasa Kawi risaukan ibu mungkin sebab Kawi sendiri tak pernah naik bas balik dari asrama. Mana tak nya, masuk poli, pergi balik ayah ambik. Belum rasa susah.
Dari 3 beradik, Kakak Widad yang belum pernah naik public transport sendiri. Mujur bila memandu boleh sendirian.
Baiklah.. berbalik pada kisah ibu...
Pagi tadi ayah hantar ke ofis, tengahari jam 12.30 tadi Cik Nora tolong hantar ibu ke NSK Klang Sentral.
Tak ada masalah pun makan solo... ssementara tunggu jam 2 sempatlah ibu layaj Jaane Jaan di Netfix.
Solat siap² kemudian cari jalan nak ke Terminal Bas Klang Sentral. Hujan pulak, cari laluan jejantas rupanya tutup. Ibu bertanya kat Mat Bangla jalan tanpa jejantas sebab taknak kena hujan. Dia suruh jalan sekali sebab nak ke resto Bangla. Masuk ke area bangunan asrama. Bangunan tu open space.
Surprisingly bersih betul kawasan ni. Rasa ada syarikat pengendali pembersihan. Dapatlah ibu tengok dapur² open mereka di tingkat bawah tu. Nampak banyak rice cooker dan kuali yang bersusun. Dapur mereka pun open dan bersih. Floot atas tu asrama² mereka. Company ibu pun ada menyewa asrama di situ untuk pekerja syarikat. Kalau tak kerana nak ke stesen bas tak ada nya ibu nak lalu siniπ Ibu memang sehelai sepinggang lah naik bas ni. Rasa lama jugalah tak naik bas. Kalau tak silap masa naik hop² bas di KL ala tourist tuπTunggulah bas, katanya jam 3.15 pm.
Tak sampai pun lagi.
Nanti ayah pick-up ibu di Bas Stand Sungai Besar. Lambat lagi.. bolehlah Bami dan ayah rehat² dulu di hotel. Kawi pulak berjimba² dengan kawan² di poli.
Semoga selamat sampai perjalanan menaiki bas ekpress
ReplyDeleteAlhamdulillah, selamat semuanya WP.
DeleteCargassss betul ibu...PH jgn haraplah nak lone ranger gini hehe...lps kawin terus jadi manja haha... padahal zaman muda belia dulu geng pudu juga :D nun jauh dari Baling, usung beg pepagi, memalam apa ada hal kan?
ReplyDeletehahahhaha... geng Pudu rupanya... kalau ikut hati memang nak ada driver je tapi bila kenangkan taknak ambik cuti jadi buat2 lah kuat semangat π
DeleteLama jugak tak naik bas camni kat malaysia. Selalu naik public transport ni train je.
ReplyDeleteKalau ada train lagi cepatlah kan tapi tak ada pula.. optionnya naik bas, mujur 1 jam setengah je.
DeleteSaya tipe yg tak berani naik public transport kalau sendiri kak π€£. Karena memang tak biasa. Kecuali ada suami yang menemani, barulah nak. Soalnya dulu di Aceh kotanya kecil, kemana2 saya diantar, di Penang pun saya ada driver yang antar kemana2 kalo saya nak pergi. Pindah Jakarta makin tak berani. Dahlah kotanya semrawut sangaat, public transport tak jelas π€£π€£π€£. Give up lah nak hapal rute2nya. Memang minta suami antar jemput selalu π. Atau pakai driver.
ReplyDeleteCuma saya nak minta suami ajarkan anak2 pakai public transport ni, supaya kalo nanti dah jauh dari rumah, dah mandiri mereka π. Tapi harus suami yg ajarkan. Kalo saya, confirm get lost kami semua π€£
Ini direct bus je Fanny jadi berani lah naik. Kalau LRT atau MRT di tengah kota masih belum berani. Apatah lagi yang tukar train. Yang itu kena husband bawa. Mungkin akak orang lama jadi naik bas lebih yakin hehe...
Deleterindu puduraya... sesekali ada jugak ikut kawan balik kampung masa cuti semester dulu, masa tu merasa jugaklah kemeriahan puduraya... skrg ni dh tgl kenangan dh stesen bas pudu tu kan
ReplyDeleteKalau tak silap dah tutup dan dipindahkan ke Terminal Bersepadu (TBS) pada tahun 2015.
Delete