Pages

Tuesday, October 24, 2023

Makan Malam Di Pantai Kelulut

Gerai Pantai Kelulut ni senang nak access sebab terletak di tepi jalan besar dan berdekatan dengan laut. Dari Kg Jambu Bongkok kita waze cari Keropok Lekor 008 Kelulut. Cik Yah suggest kalau nak beli keropok lekor kat situ tapi kami tak singgah sebab dah plan beli keropok pada hari terakhir kami berada di Terengganu.

Cik Yah pilih kedai ni. Masa pertama kali kami datang pun ke sini juga.
Masing-masing order makanan panas goreng-gorengan.
Ibu order Nasi Goreng Belacan tapi hingga ke akhirnya tak sampai. Bila check menu tidak ditulis pula.
Tak mengapalah sebab ibu tolong habiskan megi goreng Kak Widad.

Untuk gorengan celup tepung kami hanya memilih 2 menu sahaja.

Sotong goreng tepung.

Ikan tuka goreng tepung.

Serdak kat sini sedap sebab lebih halus dan nipis.

Makan sotong dan ikan celup tepung dulu.

Entah mengapa malam tu hidangan yang dipesan agak lambat sampai. Mungkin ada seorang cook je. Mujur celup tepung sampai dulu.

Malam ni Abang Imi makan tak banyak sebab siang tadi dah minum petang.

Lepas makan hantar Bami ke rumah sewa pula.
Ingat nak singgah Drawbridge tapi masing-masing dah letih. Esok sahaja kita lalu.

Kita stay semalam di rumah Cik Yah. 
Cik Rasul dah pesan siap-siap untuk bermalam di rumah mereka.
 

2 comments:

  1. Baca setiap entri ke Terengganu ni kaki rasa gatal nak berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah tak lama lagi ni.. dah boleh plan 😆😆

      Delete