Pages

Tuesday, October 31, 2023

Cik Nora Dah Sihat

Hari Sabtu masa kami singgah solat di RnR Genting Sempah, dapat panggilan dari Cik Nora. Suara tersekat-sekat. Mungkin coverage U-mobile tak cukup baik di situ. Cik Nora minta sampaikan pada nenek yang Cik Nora berada di wad kecemasan HTAR. Awal pagi tu Cik Otin hantar sebab demam Cik Nora tak baik-baik dari hari Isnin. Bila tak tahan sangat tu yang bawa juga ke hospital.
Allahu...

Meruntun jiwa bila ada adik-beradik tidak sihat.

Lantas masuk kereta dan ibu khabarkan dalam grup whatsap Shohari Clan.
Alhamdulillah masih awal ramai yang response.

Cik Elis share gambar ni hari Ahad masa tu mereka nak datang visit Cik Nora hari Ahad.
Gigih eh diorang parking area petrol pump seberang jalan HTAR. Tu yang perlu lalu jejantas. Tak sure sekarang macamana parking kat HTAR sebab masa kerap ke sana urusan atuk memang hazab lah juga. Pernah bawa Naza Ria bila nak keluar parking betul-betul 1 inci dengan kereta sebelah. Jenuh juga nak adjust keluar padahal bila sampai tak banyak kereta. 

Selepas Covid ni betul-betul pihak pengurusan monitor pelawat yang masuk. Hanya 2 orang sahaja dibenarkan pada satu2 masa dan akan diberikan pas. Dulu mungkin sama tapi agak lenient. Tu yang macam sekampung yang datang dalam wad. Gawat juga. Memang agak tidak selesa bagi pesakit yang masih memerlukan rehat.

Kebetulan mereka sampai pada waktu yang sama. Cik Nora ditempatkan di Wad 2. 
Anak-anak tinggal di bawah dengan ayah masing-masing. Kanak-kanak tidak dibenarkan naik ke wad.

Cik Nora terharu bila adik beradik datang melawat.
Ibu dan nenek lawat secara online sahaja 😀

Cik Cha dah pesan siap-siap bawak buah yang tak perlu pakai pisau hahhaha..
Yang pakai pisau tu dalam drama je 😁😁

Apa entah yang diorang bawak tu, rojak ke?
Kenapa rasa Cik Amie yang begitu lapar 😆😆

Cik Amie share gambar ni, katanya kot lah makngah nak share dalam blog.. hahahaha.. tu yang diorang posing helok sket.
Masuklah... tanda ingatan 😄

Adik beradik ibu
Cik Amie no. 7
Cik Elis no. 4
Cik Nora no. 5

Masa ibu tulis entry ni Cik Nora dah discharged hari Isnin masa kami dalam perjalanan balik ke Klang.
Alhamdulillah.

Semoga keluarga sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah s.w.t

اللَّهمَّ عافِني في بدَني اللَّهمَّ عافِني في سمعي اللَّهمَّ عافِني في بصري

“Allāhumma ‘āfinī fī badanī. Allāhumma ‘āfinī fī sam’ī. Allāhumma ‘āfinī fi basorī”
“Ya Allah, sihatkan tubuh badanku. Ya Allah sihatkan pendengaranku. Ya Allah, sihatkan penglihatanku”.



 

8 comments:

  1. Kenapa dgn cik nora tu? Bestnya ramai adik beradik mcm kawan2 pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuman dalam darah KM. Masuk antibiotik ritu. Alhamdulillah sihat.
      Itu baru 3, KM, kalau kumpul lagi 7 perempuan memang semua nak sama.

      Delete
  2. Aduhai...memang akan jadi rasa x best kalau salah seorang dalam ward kan...alhamdulillah semoga cik nora terus sihat..

    ReplyDelete
  3. HTAR ni kat Klang kan? Pernah juga melawat kawan2 yang sakit kat sini. Moga Allah kurniakan kesembuhan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ezna, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
      Terima kasih atas ucapan doanya.

      Delete