Bila melawat Wafi pasti ibu bawakan biskut ni.
Sebungkus yang berisi 3 keping biskut ni berharga RM3.50 kalau di kedai.
Kadang susah nak dapat. Kalau ada ibu belikan 3 bungkus sahaja.
Tak boleh beli banyak-banyak, mahal!
Ini lah rupa biskut Nutella.
Memang terasa coklat Nutella nya.
Sebelum balik asrama, Wafi senaraikan makanan yang perlu dibeli untuk dibawa balik. Seperti biasa ibu lebih gemar beli sahaja di sini sebab dah tau mana nak cari. Kalau sampai di Sungai Petani baru nak beli memang menggagau ler jawabnya. Seperti biasa biskut ni juga yang dicarinya.
Harga RM15.++, terus ibu beli 2.
Entahlah... kalau beli pack kecik 3 bungkus rasa mahal, tapi bila beli 2 pack besar ni rasa lebih murah.
Apa2 lah ibu ni 😁😁
Selain biskut ni ibu belikan juga biskut cracker Munchys, bolehlah Wafi makan dengan Milo. Lebih mudah beli yang individual pack macam ni. Tak perlu masuk container untuk simpan.
wahh mana nk cari ni..tk jumpa lagi
ReplyDeleteBiasa ada di 99 Speedmart dan Jaya Grocer. Groceries lain mungkin ada tapi akak biasa ke groceries yang sama.
DeleteSedap tu biskut nutella. Anak-anak memang suka.
ReplyDeleteBetul kak.. kita mak2 makan sikit2 je. Buat ghaso2.
Deletemunchys tu sy mmg kena top up stok setiap bulan... old time favourite... kalau lapar tp xmo mkn byk boleh cicah dgn teh o panas... nutella atau oreo sy mmg x brp tp kakak iman suka... budak² baya ni mmg fav diorg ni
ReplyDeleteSamalah mim, munchys tu memang sentiasa ada. kalau lapar2 boleh layan. Biskut manis2 bagi anak2, yang berumur ni rasa nyilu makan manis2 😆
DeleteSA macam x leh pi la ngan Nutella, orang heboh duk kata sedap..tapi SA x berapa suka sebab manis...
ReplyDeleteNutella biskuit itu memang sedap. Favorit suami saya 😄😄. Tapi tuhlah, harga pun tak bisa bohong, mahal juga 🤣🤣.makanya tiap kali suami ke Eropa, yg dia beli banyak pasti coklat2 macam Nutella, milky, knoppers etc 😅.
ReplyDelete