Pages

Tuesday, October 24, 2023

Sarapan Di Nasi Dagang Atas Tol

Antara wishlist datang ke Terengganu ni nak makan nasi dagang di Nasi Dagang Atas Tol (NDAT). Jam 7 pagi kami keluar rumah. Cik Yah dah share location. Kami gerak dulu dan nanti Cik Yah menyusul selepas hantar anak-anak ke sekolah. Cik Yah kata ada cawangan lain tapi kita pergi yang utama dan paling dekat dengan rumah dalam 4km.

Yeayyyy.. sampai juga.

Nenek pun nak bergambar di sini. Kita layan...

Masa kita sampai tak ramai pun orang. Tak perlu beratur. Bila baca review kalau masa cuti memang ramai NDAT ni. Siap berbaris panjang. Mungkin masa kami datang bukan cuti umum yang panjang dan hujung bulan orang tak dapat gaji lagi bak kata Cik Fatin.
Masa kami makan baru lah ramai yang sampai tapi takde lah pulak beratur panjang.

Kalau dine-in masuk je terus ke kaunter sebelah kiri ni.
Kalau kita nak bungkus, ada kaunter lain di sebelah kanan.

Kita pilihlah menu yang dikehendaki dan bayar. Nanti mereka akan berikan resit makanan dan nombor meja. Lepas tu tunjuk resit makanan kat kaunter makanan sebelah kanan. Bawa makanan sendiri ke meja yang telah ditetapkan. Air yang dipesan akan dihantar terus ke meja.

Jadi kalau datang ramai-ramai tak perlulah semua nak beratur kat kaunter. Tunggu je kat kerusi menunggu yang disediakan. Jangan pula duduk terus kat mana-mana meja sebab nanti dah duduk-duduk orang lain yang dapat nombor meja tu akan duduk situ.

Nampak teratur cara mereka ni.

Tukang bawa makanan dah sampai 😁
Masa kami sampai dapat meja no. 12
Belakang tu masih banyak meja kosong.

Menu yang kami ambil : Nasi Dagang, Pulut Kuning dan Bihun Goreng.
Kemudian ibu ambilkan ayam goreng 2 ketul untuk Kawi dan nenek. Boleh pilih sendiri bahagian ayam yang dikehendaki. 

Gulai Ikan Tongkol. Mereka bagi semangkuk untuk 3 nasi. Mereka pesan jika tak cukup, boleh tambah lagi (bila ibu tanyakan ini je ke gulainya 😁).

Rupanya cukup je gulai yang diberi malah ada lebih lagi (tu la... macam tamak).

Baru perasan gambar yang diambil blur.
Ada nasi, potongan ikan tongkol dan acar timun.

Nenek tak nak makan nasi jadi ambilkan pulut kuning.

Makan dengan gulai daging.

Close up NDAT, cantik nasi nya ni. Berkilat.
Ikan tongkol tu mereka bagi potongan camni. Nanti makan dengan gulai yang diberi.
Nampak mereka guna ikan tongkol yang besar-besar. Ibu baru tau ada ikan tongkol yang sangat besar hahhaha..

Bagi ibu memang sedap NDAT ni. Mungkin bagi penduduk tempatan biasa-biasa tapi bagi ibu yang jarang makan nasi dagang, ia memang menepati selera.

Ni ayah order Teh Peng Ombak Rindu, saiz besar.
Kongsi je lah sapa nak minum ni.
Buih tu rasa manis tapi teh ok sedang-sedang.

Teh Matca buat Kak Widad.
Ibu kurang suka, mana-mana matcha pun sama kecuali Cik Lynn Hassan nyer matcha kena kat tekak ibu.

Makan dalam keadaan yang tenang sambil sembang-sembang dengan Cik Yah pagi ni.


Terima kasih Cik Yah for having us again this year.
Thanks for the hospitality.
Alhamdulillah nenek dapat melawat anak buah di sini.
Ayah Cik Yah, Atuk Asri merupakan abang kepada nenek.

Ayah kata rasa bersalah pula sarapan begini depan doktor 😁😁
Cik Yah merupakan pensyarah perubatan di Hospital Pengajar Unisza dan baru bertugas di sana tahun lepas. Sebelum ni Cik Yah  mengajar di Hospital Pengajar UPM.
Sebelum mereka berhijrah ke Terengganu, mereka juga jiran setanah hehe... rumah depan kita.
Itu yang seronok bila kita dapat datang  ke Terengganu.
Rezeki anak-anak belajar di sana.

Mission accomplished.

Lepas sarapan tu kita masuk UNISZA Kampus Gong Badak. Nenek nak tengok tempat belajar Abang Imi. Hari tu Abang Imi tak ada lah di kampus sebab kelas jam 4 pm.
Kita pandu masuk je tengok kawasan sekitar.

4 comments:

  1. Tempat wajib singgah ni utk makan nasi dagang di Ganu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari tempat makan yang orang viralkan dan kebetulan memang sedap makan di sini PH.

      Delete
  2. Belum sampau NDAT.
    Selalu hanya baca saja dalam blog kawan-kawan tentang keenakan NDAT ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari lepas ni kak..
      Sedap dan puas hati.

      Delete