Chehhhh.. tajuk pun nak sama dengan bihun goreng Puan Hazel. Haritu terbaca kat blog PH tentang bihun ni terasa memanggil² nak cuba. Sebelum tu di FB terlintas resepi Bihun Goreng Ala Shahila Amzah oleh Azie Kitchen. Masa keluar kat FB tu belum terasa nak buat.
Tadi kat ofis dah fikir nak buat bihun goreng untuk juadah buka puasa. Bahan semua ada kat rumah. Kalau takde pun apa yang ada je lah.
Resepi asal ada dalam blog Azie Kitchen.
Ibu hanya guna teknik gaulkan kicap cair, minyak bijan dan sedikit lada sulah dan perap sekejap bagi bahan mesra.
Bahan lain ibu guna chili paste tomyam sebab nak buat bihun tomyam. Teringin makan something pedas dan sedikit masam. Tapi cili paste tu takde lah masam pun. Ibu tambahkan beberapa biji cili padi yang dibelah dua dan 3 helai daun limau purut.
Hanya ada fish ball, fish cake dan sotong. Sayur pula tambah kacang panjang dan potongan sebiji tomato.
Cili paste tu dah cukup rasa jadi tak perlu tambah garam. Cuma ibu tambahkan sedikit serbuk secukup rasa.
Kalau tengok resepi asal tak perlu bubuh air tapi bihun yang ibu guna perlu tambah sedikit air. Sebelum angkat bihun tu rasa dulu teksturnya.
Ibu dapati dengan menggaulkan dahulu kicap cair warna bihun lebih cepat sekata berbanding menambahkan kicap selepas masukkan bihun.
Suka teknik begini. Memudahkan kerja.
Cuma ibu terlebih masak bihun ni. Tak pandai nak agak bila masak untuk 2 orang. Ibu guna 1/2 bihun. Lepasni kena letak 1/4 je lah. Bihun lebih ni bolehlah buat sarapan esok pagi.
Oh ada resepi shila amzah yg viral ke? Anak2 sy mmg suka meehoon tomyam.. selalu goreng guna pes tomyam siam yg dlm botol tu je.. pastu add on telur cincang.. fav utk bawak bekal ke sekolah
ReplyDeletePakai paste tomyam paling mudahkan... acah2 mak nak senang masak.
DeleteSaya juga begitu caranya kak. Dicampurkan dulu kecap ke bihun supaya warna merata. Dan lebih gampang, daripada baru digaulkan saat sudah di kompor kan. Confirm tak sama warnanya 🤣🤣. Tangan pun pegal.
ReplyDeleteMasalah porsi saya juga kurang bisa berkira. Bbrp hari lalu nak bikin japchae ala Korea. Saya pakai bihun 100 gr 4 buah. Ternyataaaa buanyaaak sangat 🤣🤣🤣🤣🤣. Suami pun sampai marah, kenapa masak banyak kayak untuk 3 hari 🤭🤣. Akhirnya bagi2 tetangga, walopun saya saja blm confident dengan rasanya 😅
Betul tu.. lenguh lengan masa gaulkan bihun nak bagi sama rata.
DeleteUntunglah tetangganya dapat rasa air tangan Fanny tu. Pasal rasa tu tak mengapalah... kita bukan tukang masak profesional hehe.. yang penting keikhlasan memberi😄. Minta maaf sahaja masa memberi tu yang kita masak tak berapa pandai 😁
Nampak sedap la..kena buat macam ni la nanti kan..SA masih failed buat bihun goreng...
ReplyDeleteDulu pun akak failed juga buat bihun, asyik lah terlembik. Lama-lama improve juga.
DeleteKadang nak masak suka refer blog Azie Kitchen jugak. Tak pun Cik Nom.
ReplyDeleteBetul tu Ezna, ceduk mana-mana resepi mereka.
Delete