Pages

Tuesday, October 24, 2023

Perjalanan Ke Terengganu

Hari ni baru berkesempatan cerita perjalanan kita ke Terengganu untuk hantar Kakak Widad. Ajak nenek sekali. Bolehlah nenek jalan-jalan. Jumaat malam ibu dah ambik nenek dari rumah untuk tidur di rumah kita. Hari Sabtu 21/10/23 kita bergerak dari rumah jam 4.20 pagi. Ikut jadual ayah nak gerak jam 4.00 pagi. Ayah nak elak jalan jem di sekitar Batu Caves jika keluar lewat.

Singgah solat Subuh dulu di RnR Genting Sempah. Masa tu sudah jam 5.45 am.

Sampai RnR Temerloh kita breakfast dulu.
Masing-masing ambil nasi lemak daun pisang. Packaging dah cantik tapi sambal kurang rasa.

Kemain ayah tu, pagi-pagi dah makan tempoyak ikan patin. Memang rutin kalau singgah RnR Temerloh mesti nak makan menu ni. Tapi kali ni rasa kuah tempoyak terlebih masam. 

Tambah protein dari ayam dan begedil.

Makan kenyang-kenyang sebelum kita teruskan perjalanan.

In between tu berhenti beberapa kali untuk toilet break dan stretching.
Ibu drive di LPT2 pula gantikan ayah. LPT2 ni kurang kenderaan dan jalan lebih lurus.

Sampai rumah Cik Yah dalam jam 12 tengahari. Selepas makan dan berehat kami keluar semula jam 2.30 petang untuk jemput Abang Imi di rumah sewanya. Sebelum tu belikan Bami kipas duduk untuk kegunaan di rumah sewa. Sengaja beli di Kuala Terengganu sebab kereta sudah penuh dengan barangan Kakak Widad.

Rumah sewa kembar 2 yang disewa bersama 11 orang coursemate Abang Mi.
Besar rumah ni dan harga yang disewa juga berpatutan.

Kemudian bawa Abang Imi untuk makan tengahari tapi tak ambil makanan berat sebab sudah agak lewat.
 

6 comments:

  1. Besar² dah anak² ibu ye.. masing-masing dah sambung pengajian sy agak... Mudah-mudahan cemerlang semuanya aamin 🤲

    ReplyDelete
  2. Wah kakak Widad sambung belajar ye...semoga dipermudahkan ye...

    ReplyDelete
  3. Tanggungjawab ibu bapa berterusan dari anak lahir sampai dewasa, beri ilmu dunia dan akhirat untuk mereka.

    ReplyDelete