Minggu ni Wafi Pulang Bermalam di rumah Kulim je. Kasihan pula kalau balik Klang sebab hanya 2 malam. Khamis balik awal pagi Sabtu dah kena balik SP. Kalau balik Kulim dapatlah berehat lama sikit lagipun exam masih berjalan lagi.
Disebabkan handphone Wafi telah hilang di asrama, tak dapatlah ibu telefon Wafi lebih kerap di rumah makngah. Nampaknya Wafi masih ok lagi bila tiada handphone di tangan.
Awal pagi ni salah seorang parents kelas Wafi hantar gambar anak² beraktiviti di luar kelas.
Ibu simpan sini buat kenangan Wafi.
Kalau bawak hp pergi asrama.. Boleh simpan sendiri ke kak?
ReplyDeleteHilang masa hari Sabtu yg kami hantar awal bulan 11 ritu. HP murid tak boleh simpan dan kena serah kat warden atau hantar kat UBK hari Ahad sebab Sabtu tak buka. Dia simpan dalam loker berkunci malam tu, bila balik prep loker dah kena kopak.
DeleteKesian Wafi.. Hp tu PK pegang dan tolong simpankan kan? Cemana boleh hilang? Harap Wafi bertabah dgn kehilangan hp nya
ReplyDeleteBiasanya hantar kat Unit Bimbingan dan Kaunseling UBK. Jadi dia akan simpan satu malam, pagi² baru hantar. Mungkin HPnya dah kena aim. Simpan.dalam loker bermangga tapi dikopak pula. Setakat ni dia tak.minta lagi sebab soh ibu ayah kumpul duit dulu. Dia dah pesan taknak android huhu..
DeleteAla siannya :(
ReplyDeleteHP simpan sendiri ke Kak? Mudah-mudahan digerakkan hati si pengambil utk pulangkan balik HP Wafi 🤲🏻
Si Abang ni pulak hilang jam. Tinggal pergi mandi kejap, sekelip mata lesap 😇
HP simpan.semalam je sebab pejabat UBK buka hari persekolahan. Hilang masa hari kami hantar dari PB waktu prep malam. Dah sebulan memang tak dapatlah semula walaupun laporan polis sudah dibuat. Ada suspek tapi tiada yang mengaku. Guna iCloud trace pun tidak berjaya malahan username dan password sudah kena reset.
DeleteAduhhhh... jam abang plak hilang ya sekelip mata. Memang tak boleh leka budak² ni.
semoga wafi dpt lebih fokus tanpa telefon... tp susah jugak tu kalau ibu nak berhubung.. :( :( :(
ReplyDeleteHP guna untuk pergi dan balik ketika naik ETS sahaja Lady.
DeleteWaktu persekolahan memang tak boleh pegang/simpan HP.
Biasanya Wafi akan call ibu guna public phone asrama je.
Kesiannya sampai hilang HP.
ReplyDeleteTak apa, fokus dalam pembelajaran dulu. HP boleh diganti.
Dia kata nanti-nanti pun tak apa. Pakai je lah HP lama bila balik nanti.
DeleteIssh bisa2nya pelaku sampai bongkar locker 😔. Semoga tak terulang kejadian macam ini yaa.
ReplyDeleteHarapnya begitu lah.. semoga tidak berulang pada pelajar lain.
DeleteAllahu..kesiannya...mcm mana plak locker kena kopak tu...takpe la Wafi..nanti ada rezeki boleh beli hp lain...
ReplyDeleteGuna cutter SA masa pelajar semua dalam bilik prep. Balik bilik tengok dah terbuka pintu.
Delete