Selepas sarapan kami meneruskan misi mencari tempat makan viral di Melaka. Kali ni ke kedai makan Mee Hassan sebab nak rasa mee nya yang viral dengan nama mee bodo. Dari hotel memang dekat sangat kedai tersebut dalam 4 minit berkereta.
Pekan Tangkera yang agak lama.
Style kedai ni kena beratur dulu dan dapatkan meja. Sementara ayah beratur, kami chupp meja.
Sekejap je tak sampai 10 minit giliran ayah pula. Kat situ ayah akan ambil telur goreng dan sambal dahulu.
Mula² ibu taknak makan sebab masih kenyang lagi tapi bila tengok orang sekeliling makan sedap je.. nak lah juga makan.
Cara untuk makan mi ni adalah mencampurkan mee dengan kicap dan cuka kemudian letak telur atas tu. Kicap dan cuka tu agak² ke. Bubuhlah sikit², karang terlebih masin dan masam pula. Ada ibu baca review, pecahkan telur kuning dan gaulkan dengan mi baru makan.
Ikutlah suka macam mana pun kan.
Walaupun nama mi bodo tapi surprisingly... secukup rasa. Mungkin sebab mi ni takde haiwan di dalamnya dan semata² mi dan taugeh itu yang dipanggil mi bodoh.
Ibu suka tekstur taugehnya yang crunchy juga tambahan hirisan timun.
Kak Widad yang agak cerewet dengan mee goreng boleh habis sepinggan dan tak meletakkan ke tepi taugeh. Biasa tak makan taugeh. Malahan pinggan Wafi yang masih ada baki mi pun dihabiskannya.
Ayah takeaway 2 pack untuk Cik Ami dan Cik Baya. Makan kat situ tak boleh berlama² sebab pelanggan lain sudah menunggu di tepi meja😊
Weekdays dibuka petang hingga malam namun weekend buka pagi.
Sebelah kedai Mee Hassan ada jual putu piring. Kegemaran Kak Widad lah segala jenis putu (putu mayam, putu piring dan putu bambu).
Beli sebungkus, kita support local🥰
Kat Meru dah tak ada bangunan lama² camni.
Lepas makan mee Hassan kami balik terus ke hotel. Tengok anak² mandi sambil berbual dengan Cik Ami dan Cik Baya untuk next plan cuti CNY.
Jam 12 noon kami check out dan terus balik ke Klang sebab ayah ada event di PWTC malam tu. Cik Ami dan Cik Baya meneruskan misi berjalan² ke Muzium Kapal Selam. Lepastu makan asam pedas pula. Tak ingat asam pedas mana. Sebelum balik mereka beli Keria Antarabangsa di Limbongan.
Kali ni datang Melaka memang misi mencari makanan viral je. Takde pun nak ke Bandar Hilir.
Habis dah cerita jalan² Melaka. Seminggu tak update sebab kekangan masa.
Lump sum je semua hari ni sementara rehat² cuti CNY di Teluk Batik.
Nampak sedap mi bodo ni selalu nampak orang share.
ReplyDeleteNampak biasa tapi bagi akak kena pada selera.
DeleteDulu2 rasenya tak sedap sangat, dekat tekak linda lah.. Hahaha.. Alhamdulillah sekarang dah sedap..
ReplyDeleteMenjadi plan cuti CNY dengan cikAmi dan cikBaya
Alamak... tak pernah makan sebelum ni jadi akak pun tak boleh nak compare.
DeleteDiorang berdua ni senang bila diajak ke mana² bila free.
Kesian mee tu diberi nama bodo. Nampak sedap juga walaupun tak ada haiwan dalam tu ya. Saya suka segala jenis putu ni.
ReplyDeleteItu lah... lagi viral dengan nama tu banding Mee Hassan.
DeleteLangsung saya catat nama mee nya. Memang pasti saya visit lah kak kalo kesana. Pernah baca mee ini di blog Abang Faizul.
ReplyDeleteBoleh try bila kembali ke Melaka cuma jangan letak high expectation sebab citarasa setiap orang berbeza😁
Delete