Pages

Friday, January 24, 2025

Jalan-jalan Sekitar Pekan Taiping Dan Taman Tasik

Lepas pekena cendol dan rojak tu, kami ambil kesempatan jalan-jalan sekitar Taiping. 

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan lalu Taiping tapi tak adalah nak singgah. Kali ni sebab takde apa yang nak di rushing kan, itu yang decide singgah sekejap. Lagipun anak-anak semua ada. Dapat jalan satu daerah dan tempat pun sudah ok bagi kami.

Cuaca cantik cuma panaslah sebab dah tengahari. Belakang tu bukit bukau.

Ada beberapa spot bergambar di pekan ni. Singgah yang senang nak parking. Ada satu tu mula-mula dah nampak, bila pusing semula tak jumpa jalan.

Ibu, Kak Widad dan Wafi je turun. Itu pun Kawi hanya tolong ambilkan gambar.






Ibu je sorang bergambar, Wafi dah tak nak turun kereta.

Tak dapat ambil gambar keseluruhan sebab kena seberang jalan baru boleh tengok seluruh gambar di bangunan ni.

Warna keemasan.

Rumah Kopi Bijeh.
Tak sure masih beroperasi atau tidak cafe ni sebab masa kami park kereta depan ni, ia tutup. 

Kemudian kami ke Raintree Walk.

Dulu kawasan ni boleh lalu kenderaan namun sudah ditutup demi keselamatan. Pokok-pokok semakin membesar dan tua. 












Taiping ialah sebuah bandar di barat laut Malaysia. Ia terkenal dengan seni bina kolonial yang dipelihara dengan baik. Taman Tasik Taiping, taman awam dengan pokok angsana dan kolam teratai, telah ditubuhkan pada tahun 1880 di tapak lombong bijih timah lama. Berdekatan, Zoo Taiping membiak spesies terancam seperti harimau Malaya. Muzium Perak mempamerkan kraf asli, artifak suku kaum dan rangka haiwan dalam bangunan abad ke-19. ― Google

12 comments:

  1. Puas hati dapat bergambar dekat taman tasik dengan orang tak ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengahari rembang orang pun tak ramai Linda.

      Delete
  2. Lama tak pi tepeng. Makcik husband ada duk sana.

    ReplyDelete
  3. Saya suka sangat bandar Taiping, tenang dan santai.
    Paling best lepak² dan bergambar di TTT tu... Lawa sgt pokok² besarnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang je kan...
      Ada 2 tempat yang pokok besar dahan bercantum tu. Kami ambil gambar pun kat bahagian depan je.

      Delete
  4. lama sungguh kak ana tak singgah ke pekan Taiping ni, memang cantik kat Taiping cuaca selalun hujan kalau dulu-dulu. Pernah lah naik sampai puncak Bukit Maxwell tu tapi tak ada apa pun atas tu.. seram jer hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Ana, Taping kerap hujan sebab kat Malaysia tempat ni terima taburan hujan paling banyak. Jadi tempat dia agak lembab berbanding tempat lain.

      Saya tak pernah sampai lagi Bukit Maxwell. Biasa dengar tapi tak tau laluan ke sana. Mungkin boleh cuba pergi lain kali.

      Delete
  5. gambar first tu sekali pandang ingatkan kak widad rupanya ibu..nampak muda remaja ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekeke... mujur sekali pandang je 😂😂😂

      Delete
  6. Baguuuuuus baguuus bangettttt mural nya kak 😍😍😍😍. Kalo ketemu tempat dengan banyak mural begini saya sukaaaaa. Suami apalagi, dia bakal semangat utk foto2 😅.

    Pohon2 yg ada di taman Taiping, seram juga liat cabang dan rantingnya yaa 😅😅.macam bentuk cakar berkuku panjang. Imaginasi saya langsung membayangkan yang seram2 hahahahahah.

    Ini kalo lewat sana saat malam hari, tak ada lampu, memang tak berani 🤣

    ReplyDelete
  7. Hehe.. kalau lalu situ senja memang agak seram. Bahkan tempat itu agak redup dan sayu bila berlama-lamaan. Mungkin banyak pokok² tua.

    ReplyDelete