Pages

Saturday, January 4, 2025

Patut Jadi Princess

Bila birthday kan biasanya orang akan dilayan bagaikan puteri tapi ibu tak pun 😁
Malahan kena memasak lah pulak untuk potluck ayah ada gathering dengan kawan² ASAS. 

2 minggu sebelum kejadian, ayah request nak bawa nasi lemak sambal sotong. Boleh je ibu masak asal ayah bagi duit beli bahan, dah alang² mintalah upah memasak sekali 🤣
Jam 10 beli barang kat NSK. Jam 1 pm dah mula prep dan masak.

Ayah minta masakkan untuk 20 orang.
By 5 pm siaplah set nasi lemak ni.

  • Nasi lemak
  • Sambal sotong 
  • Sambal biasa
  • Kangkung celur
  • Telur rebus
  • Kacang 
  • Bilis
  • Timun
Untuk selamat ibu guna beras basmathi,  dijamin elok kejadiannya sebab ikut sukatan. Kalau beras biasa kebarangkalian untuk jadi cantik sangat rendah. Lagipun ibu masak 12 pot. Entahler.... bab nasi ni kerap fail. Untuk makan sendiri bolehlah makan je tapi sebab nak jamu orang lain buatlah mana yang lebih baik. Untuk lebih sedap kena guna santan segar berbanding santan kotak.

Sotong pulak ayah nak sotong bulat tu.. bukan sotong kembang. Harga kat NSK, RM42 sekilo. Masa timbang sekilo lebih... dalam RM57 huhu.

Dah siap masak Kak Widad kata nak hantar ke homestay Wak Sir di Bandar Tasik Puteri. Sepatutnya ayah balik ambik tapi sebab Kawi nak jalan², hantarlah ke sana. Ibu ikut je asalkan ada yang drive. 

Alhamdulillah... ayah kata habis semua dan kawan² puji sedap.
Ehhh... berani diorang cakap tak sedap🤣🤣🤣. Ini kali ke-3 ibu buatkan nasi lemak bila kawan² ayah request.

Ibu risau tak cukup je sebab manalah pandai nak agak² berapa banyak nak kena masak. Ayah beritahu ada makanan lain juga sebab mereka buat BBQ kat homestay.

Cerita tengah malam tadi👇
12.30 am ayah balik bagi choc bouquet. Rupanya Kak Widad pakat ngan ayah patutlah kemain dia soh ibu layan tengok KDrama sampai lewat kunun temankan buat assignment.
Simpanlah sini buat kenangan bukan tiap² kali birthday pun dapat hadiah😅
auchhhhhh🥰

Semoga di usia 52 ibu terus sihat dan melakukan amalan yang lebih baik🤲

23 comments:

  1. Happy birthday kak!! Birthday girl princess kena masak nasi lemak siannya.. tapi kalau nak jamu org mmg kena guna santan segar baru puas hati, kalau mkn sendiri guna santan kara je pun jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KM.. itu lah.. ingat boleh relax-relax makan kat luar.
      Kalau nak senang memang pakai kara je takyah nak perah-perah santan cuma tak bau wangi santan.

      Delete
  2. Happy Birthday..okla tu dpt surprise lepas masak nasi lemak basmati utk 20 org huhuu.. alhamdulillah habis semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih TT.
      Kesian pulak bila ada yang request nak makan nasi lemak, jadi buatkan je lah. Surprise tu dapat hari yang sama Sabtu tapi awal pagi, masaknya petang hari.

      Delete
    2. Kadang2 saja nk uji tu... Sebelum dpt special gift hihiii.. alhamdulillah:D

      Delete
  3. Selamat hari lahir Puan..🎂💐🥰.. semoga sentiasa di dlm rahmat dan kasih syg Allah .. diberkati usia, rezeki, kesihatan, pekerjaan, ibadah dan urusan kehidupan seharian… Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. terima kasih Cik Anon atas ucapan dan doanya 🥰

      Delete
  4. Selamat hari lahir kak. Semoga yang baik2 je. Sedap pulak nengok nasi lemak tu cukup lengkap bahan-bahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cie... Aamiin 🥰
      Mujur minta buatkan nasi lemak je, kalau yang susah-susah memang surrender.

      Delete
  5. Nasi tu nampak kuning2 mcm nasi ayam pulak, pakai beras basmathi mmng cantik je kejadian. Tengok gambar pun nampak sedap 😋

    Happy birthday puan! Semoga dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... terima kasih Maz 🥰
      Putih sebenarnya Mazni... lighting kot jadi kaler kuning 😁
      Kalau kaler kuning dah macam nasi lemak utara.

      Delete
  6. happy birthday kakakku sayang..moga sentiasa sihat awet muda,moga yang baik2 sentiasa utk akak&family
    sedapnya nampak nasi lemak tu,dh lama teringin nak buat nasi lemak tp tak buat2 lagi sebab tak ada permintaan,setakat nak lepas teringin tekak sendiri malas nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... terima kasih Afzan 🥰
      Akak pun sama, kalau setakat berdua kat rumah memang beli je..
      Bila budak2 semua balik barulah masak sebab boleh makan sampai petang, ibu malas nak masak banyak kali 😂

      Delete
  7. Tahniahnyer dapat hadiah bd daripada suami/anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih WP 🥰
      Bukan selalu dapat.. happy lah sikit.

      Delete
  8. Happy belated birthday..
    Betul tu, kena tepek dekat blog, sebab jarang2 dapat hadiah..hihihi...
    Semoga sihat selalu kak.. Stay muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... terima kasih Linda 🥰
      Benda rare kan hehehe

      Delete
  9. Untuk hasil nasi lemak yang cantik, biasanya saya masak cara kukus. Tidak risau nasi akan jadi lembek, dan nasi kukus ini lambat basi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... nanti nak belajar jugalah cara kukus.
      Bila masak pakai rice cooker kadang tu bila tak masak tambah air.. lepas tu terlembik pulak.
      Susah betul nak dapatkan nasi lemak yang berderai bila guna beras biasa.

      Delete
  10. Ah Mbak berulang tahun rupanya...

    Selamat hari ulang tahun Mbak. Semoga panjang usia, melimpah rezekinya dan selalu dalam berkah dan lindunganNYA.

    Salam,

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday kak Wiwa 🎉🎉🎉. 52? Saya pikir masih masuk usia 40an tak jauh dengan saya .. awet muda memang nampak 😍

    Kalo dah biasa masak, pastilah sedap kan. Dah confident utk masak buat orang 😉👍

    ReplyDelete