Isnin 13/1/2025
Setelah menunggu selama 6 bulan, hari ni baru Kontraktor Maria dapat menjalankan kerja-kerja membaiki parit dari rumah mini. Disebabkan Maria yang bina tiny house kami jadi tunggu beliau juga untuk buat kerja-kerja lain.
Kalau nak naik rumput bahagian nilah tapi tenant dah bersihkan. Alhamdulillah tenant jenis prihatin kebersihan kawasan sekitar.
Longkang kena sekat di sini untuk aliran air ke depan. Belakang kiri ni Lot no. 5 dan kosong. Serpihan batu-batu tu rasa nak kena bersihkan juga, baru nampak kemas belakang ni. Kawasan rumah sampai longkang je yang tanah lapang tu dah kawasan jiran.
Nanti bila tuan tanah Lot no. 5 buat rumah bolehlah sambung longkang dan tambah konkrit. Belakang tu dah lot lain mengunjur ke sebelah kiri.
Ni kalau tenant rajin bercucuk tanam nampak lah hijau sebab tanah belakang tu boleh subur dengan rumput. Mungkin spesis macam tuan rumah.. tak berapa rajin menanam 😁
Tambah longkang bulat dan buat jalan masuk. Kiranya ni dah kongsi jalan dengan Lot no. 3.
Buat masa ini tanah lot no. 1, 2, 3 & 5 masih kosong.
Alhamdulillah sudah setahun lebih ketiga-tiga rumah mini kami telah disewakan.
Lereng bukit bahagian depan ni agak lembut tanahnya. Itu yang bila musim hujan sikit-sikit tanah runtuh dan ini yang perlu diselenggara kalau tidak air mengalir masuk kawasan rumah Cik Rasul.
Beginilah jika duduk kampung di tanah persendirian, mana yang kena selenggara kenalah buat sendiri. Carilah mana-mana kontraktor yang boleh buat kerja.
Untung dapat tenant yang prihatin. Bersyukur sangat ya.
ReplyDeleteItulah.. harapnya berterusan.
Deletealhamdulillah dah ada yang sewa ketiga- tiga rumah tu ye kak...bagus kalau ada tanah buat rumah dan boleh buat investment...
ReplyDeleteAlhmdulillah.. kecik-kecik je walau ROI entah bila boleh dapat huhu...
DeleteAlhamdulillah tenant yg baik bagus krmas kawasan rumah.. kalau dpt yg berucuk tanam nanti habis pula segala pokok buah dia nak tanam.. bila semua ada penyewa lagi la hati land lord.. :D
ReplyDeleteekeke... betul gak.. mujur sekangkang kera je.
DeleteDepa nak menanam pun pikir banyak kali gamaknya.
Alhamdulillah.
ReplyDeleteSegalanya dipermudahkan.
Aamiin... mudah-mudahan kak.
DeleteAlhamdulillah. Bagus nya dapat tenant yang prihatin dan pembersih.
ReplyDeleteMudah-mudahan berpanjangan.
Deletesemoga Allah permudahkan smeuanya.. ameeennnn
ReplyDeleteAamiin.. terima kasih Lady.
Deleteuntunglah ada tanah...ammi ada tanah depan rumah sikit je ahakss dan tanah dalam pasu yang terbengkalai
ReplyDeletetanah sekangkang kera Ammi.. mana yang boleh dimanfaatkan kita buat.
DeleteTanah dalam pasu yang terbengkalai tu memang biasa 😁
Kadang tuang tanah dari pasu tu atas tanah.