Pages

Thursday, January 16, 2025

Tamat Tingkatan 2

Alhamdulillah.. hari ini berakhir sesi persekolahan 2024/25 buat Wafi di Kelas 2 Delphinus. Bermakna 2 tahun Wafi dapat bertahan dengan kehidupan asrama.
Syabas Wafi!

Petang ni anak² F1-F4 boleh balik ke rumah masing² dan bercuti selama sebulan. Kembali semula ke sekolah untuk sesi persekolahan 2025/26 pada 16/2/2025 (Kumpulan A).

Hari Ahad lepas batch Wafi ada lawatan sambil belajar ke Labu Sayong Kuala Kangsar. Perjalanan balik agak mencabar bila salah sebuah bas mengalami kerosakan di highway. Bas Wafi lah tu🤭. Tersidailah mereka kat tepi highway selama 4 jam. Patutnya balik singgah Sunway Karnival seperti kawan² lain yang naik 3 bas lain. Sebab dah lambat mereka singgah di Lotus Seberang Jaya sahaja. Dapatlah merehatkan diri dan solat di sana sebelum teruskan perjalanan ke Sungai Petani. Jam 10 malam baru sampai sekolah.

Hari Isnin pula ada jamuan akhir tahun Paksi 2 dan Anugerah UASA 2024. Nampaklah terselit gambar Wafi atas tu tapi tak adalah dapat anugerah apa²😅. Ibu tak nampak lagi gambar cikgu share kat FB sekolah dan Telegram Paksi.

Kelas Delphinus 2 sekali lagi menjadi kelas pertama antara 4 kelas. 2 tahun mereka kekal dalam satu kelas cuma nama kelas sahaja bertukar.
Good job anak² semua🥰
 
Tadi Cikgu Fishal share gambar dengan anak² yang ada. Siap dapat ole² dari Langkawi. Sebelum ni cikgu bawa student ke sana untuk pertandingan kapal terbang kawalan jauh.

Naik tingkatan 3 ada rombakan kelas. Kelas diasingkan mengikut subjek. 2 kelas ASK dan 2 kelas RBT. Wafi ambil RBT dan akan masuk kelas 3 Zelium. Adalah 2-3 orang kawan baiknya dalam satu kelas.

Wafi juga dilantik jadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). 6 perempuan dan 6 lelaki dari Tingkatan 3. Alhamdulillah... sebelum interview beberapa bulan lepas ibu sengaja mengusik Wafi. 

Haaa.... mesti awak dapat sebab awak kan dari tingkatan 1 selalu masuk bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK). 

Mana taknya... setiap kali nak quit ibu minta bantuan cikgu kaunseling😅. Dah imun rasanya tu. Tak taulah apa yang diinterview oleh panel.

Nanti cuti bolehlah beli pakaian seragam PRS. ehh... ibu pulak yang tak sabar.

Hari ni Wafi balik dengan makngah dan stay dulu di Kulim. Sabtu nanti baru ibu ayah gerak ke sana.



9 comments:

  1. yeaay tak sabar juga nak tunggu mygirl balik esok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaayyyy... mesti berderet plan jalan-jalan cik pia nanti.

      Delete
  2. yeayyy dah cuti. kalau tidak Kyra pun balik harini juga. tapi sebab johor pun dah masuk group B jadi esoklah baru lengkap kami sekeluarga.

    Kelas Khilfi taktaulah ada rombakan ke tidak. Kalau rombak pun antara 2 kelas DLP jelah dan sekolah dia bila DLP wajib ambil ASK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang tu sekali jalan.
      oo DLP wajib ambil ASK.
      Sekolah wafi DLP semua jadi takde pilihan untuk pilih. Awal2 cikgu dah tentukan samada ambil RBT atau ASK.

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Tahniah wafi berjaya harung 2 tahun..
    Lagi 3 tahun tu, pejam mata je.. Tengok2 dah habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap nya bersambung hingga akhirnya huhu..

      Delete
  4. Yeay Wafi dah balik, kali ni lama ye..mana ibu nak bawak dia jenjalan cuti sekolah ni agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan SA.
      Ingat nak bawa ke Melaka tapi ayahnya nak ke Ipoh.
      Tengok lah cemana nanti.

      Delete
  5. Sudah 2 tahun ya Wafi tinggal di asrama Mbak?
    Cuti sebulan berarti Wafi di rumah ya temanin ibunya...
    Berbahagia selalu Mbak dengan anak tercintanya ya.

    Salam,

    ReplyDelete