Ibu apply cuti hari ni sepatutnya nak ambil Wafi di sekolah. Dah kita pun nak balik Kulim itu yang tak jadi ke SP hari ni.
Dah alang² apply leave ibu settle kan lah beberapa perkara. Nak duduk rumah je pun tak ada apa nak buat.
2 hari sebelum tu dah buat appointment di Bank Rakyat untuk pembiayaan kereta. Pagi ni jam 9.45 am dah sampai ke Vista Alam, Shah Alam. Bank Rakyat paling dekat dengan dealer Perodua Setia Alam. Insyaallah nak ambil Axia untuk kegunaan Kak Widad. Nanti bulan 10 Kak Widad kembali ke kampus Unisza tapi perlu menyewa di luar.
Ini pertama kali beli kereta tapi sign agreement di bank. Sebelum² ni sign je kat tempat dealer. Bila tanya pegawai boleh je banker datang ke tempat dealer.
Laaa....
Itu yang pelik bila sales advisor minta pergi ke bank. Tu bila cakap dengan Kawi.. agaknya sebab beli kereta kecik kot😁
Nak uruskan hal tiang lampu jalan tepi rumah.
Lampu jalan ni dah beberapa bulan tak berfungsi. Bila call buat laporan TNB kata tiang ni takde owner. Selama 20 tahun ni elok je menyala dan pernah ada kontraktor TNB yang selenggara. Lagipun tiang tu dah ada nombor. Customer service beritahu, boleh sesiapa datang buat urusan.
Selesai urusan di TNB ibu ke RHB cawangan Bandar Baru Klang. Kiranya RHB paling dekat. Taknak ke Setia Alam sebab servis sana agak slow. Kat sini sampai² je ibu orang pertama buat urusan ASB. Update sekali maklumat peribadi ibu untuk akaun RHB bila pegawai bank kata banyak maklumat yang tiada. Jadi kenalah isi borang dulu.
Sebelum sampai rumah, singgah car wash dulu. Sabtu nak balik kampung jadi mandikan dia ni, biar bersih dan wangi. Pergi Car wash yang RM10 tu😅
Lampu jalan ni dah beberapa bulan tak berfungsi. Bila call buat laporan TNB kata tiang ni takde owner. Selama 20 tahun ni elok je menyala dan pernah ada kontraktor TNB yang selenggara. Lagipun tiang tu dah ada nombor. Customer service beritahu, boleh sesiapa datang buat urusan.
Tadi bila ibu sampai, staff TNB beritahu kena owner sendiri datang. Jadi ibu ambil borang sahaja kemudian nanti baru ayah buat urusan di sini.
- Owner datang sendiri
- Bawa kad pengenalan
- Lakaran tiang
Caj pemasangan RM300 dan tiap² bulan RM10 akan dicaj dalam bil.
Masa menunggu pegawai bank buatkan transaction keluar masuk duit, ibu terpandangkan seseorang yang dikenali,
Mr NKJ. Ibu tegur beliau. Tanya khabar semua. Gembira Mr KJ bila ibu tegur. Dulu Mr NKJ ni manager Group Operation. Family beliaulah yang bangunkan company ibu kerja sekarang sejak tahun 1973. Tahun 2006 company di jual kepada syarikat sekarang.
Ayat Mr NKJ :
owh.... saya ingat awak.. dulu awak kuruskan....
hahahahahhahahha
ye lahhh Mr KJ... dulu saya saiz S, kerja lama sangat kat UIG jadi saiz L🤣🤣
Sedang berbual², pegawai bank dah panggil ibu.. tak dapat ibu nak sambung berbual lagi bila tak lama kemudian giliran Mr KJ pula dipanggil. Ingat nak ambil gambar bersama pun tak sempat.
Ibu rasa Mr KJ dah berusia 70 lebih dan masih sihat. Walaupun beliau bukan bos ibu tapi dulukan kerap jumpa kat ofis dan event company.
Tapaukan lunch untuk Bami dan Kawi juga otw balik tu.
Jam 1.10 pm sampai rumah.
Pengsan...
1/2 hari yang padat tapi bermanfaat.
Petang boleh tidur!
Lega setel semua urusan, berbaloi ambil cuti ye Kak ...
ReplyDeleteSemoga selamat dlm perjalanan ke Kedah nanti 🤲🏻
Betul... plan yang impromptu pun menjadi.
DeleteAamiin YRA...
Cie tahun lepas banker datang ke rumah untuk sign. bank dari temerloh, cie duk lipis kemain jauh dia datang. kereta beli kat temerloh.
ReplyDeleteWahhh... itu lagi menarik. Camtu lah kan sepatutnya.
DeleteAkak terfikir juga.. kalau beli kereta lagi mahal kot baru mereka datang rumah.