Dari minggu lepas Wafi dah tanya bila nak beli uniform Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Adehhhh.... sabar nak... ibu ada 2 kaki je huhu...
Weekend dok keluar berjalan² tak sempatlah nak menyelit ke kedai pakaian sekolah.
Ikutkan kakak dah janji nak bawak Wafi semalam tapi balik dari berjalan dah letih. Petang tadi balik kerja terus ambil Wafi dan kakak di rumah bawa ke Pasaraya Karnival di Puncak Alam.
Fuhhh... kemain purple.
Baju (saiz 40) dan tudung (saiz L) jenama Gemilang. Kain hitam (saiz M) jenama Nazara. Gemilang takde saiz yang dikehendaki.
Simpan sini saiz tu.. kotlah nak kena beli lain kali😬😬
4 helai ni berharga RM113.
Wafi tambah tudung Puteri Islam.
Later baru cari baju kurung putih jenama Jony & Jeny. Wafi nak jenis kain cotton brand tersebut sebab ada sekali pinjam kawan katanya baju tu selesa.
Masa sekolah rendah memang baju kurung kain cotton je. Bila masuk F1 Wafi minta kain licin. Dulu sekolah rendah ibu jahitkan sendiri baju kurung dan kain sekolah. Masa tu susah nak dapat saiz Wafi sebab badan montel. Bila beli baju ikut umur tak muat. Kalau nak beli baju saiz remaja akan terlalu labuh. Jadi, lebih baik ibu buat sendiri.
Bila naik sekolah menengah badan Wafi mengecil sedikit baru senang beli baju ready made. Itu pun kadang alter bawah baju dan lengan sebab tang badan tu dah sesuai.
Buat masa ni sepasang uniform PRS sudah memadai sebab setiap hari Wafi akan memakai baju berbeza.
Ahad - Uniform sekolah menengah (Baju putih, kain biru & tudung putih)
Isnin - Uniform PRS
Selasa - Baju Korporat
Rabu - Pakaian Unit Beruniform (KOKO)
Khamis - Baju Batik Sekolah
Terangnya warna uniform PRS depa. Angah dulu purple lembut je.
ReplyDeleteMasuk sekolah menengah ni hari² boleh kata baju lain² kena pakai kan...
Akak pun x sure purple yang camne , pergi pun 1 kedai je. Bila tunjuk kat kawan dia beli kat SP, lite sket kalernya. Nengok gambar kelas senior Wafi memang lain² tone purplenya.
DeleteTu cakap kat Wafi pakai je lah dulu😅
Setiap hari baju lain jadi baju nampak elok je masih boleh pakai lagi masuk 3 tahun. Wafi plak masa masuk dulu beli baju saiz XXL, bila dah kurus sket dah macam pakai baju pinjam🤣
Banyak baju seminggu. Lain betul dari zaman saya sekolah.
ReplyDeleteItu lah... setiap hari lain². Belum lagi t-shirt² lain.
DeleteUntung ibu pandai jahit baju.. Linda dulu masa sekolah rendah pun, mak je yang jahit baju sekolah.. Naik sek men, mak beli je pulak.. Emm, tak sedap betul rasenya.. Hahaha
ReplyDeleteBanyak betul baju nak kena sediakan ye...Dania dulu PRS jugak..Memang kaler purple Kan ..
ReplyDelete