Sabtu 25/1/2025
Undangan majlis perkahwinan dari unimate ibu dan ayah, auntie Azlin dan suami ni rasa wajib pergi sebab few times dah kena remind untuk hadir.
Jam 11.45 am kami sampai di SkyGlass, Cyberjaya. Event hall pula terletak di rooftop, tingkat 22. Fuhh.. kemain tinggi lagi wedding place ni.
Seperti biasa event begini akan jadi mini reunion bila ramai kawan² yang hadir.
Ibu bersama Hajar. Lama tak jumpa walau sebelum ni berjiran daerah.
Antara coursemate ibu yang paling berjaya bila menjadi Partner di Big 4.
Yuhana, Zira, (both dok Meru, kampung sebelah), ibu dan Asriah.
Buatlah ucapan sikit buat mempelai dari acik².
Wedding event yang terletak di rooftop. Ni masa nak balik jam 1.30 pm. Anak² dah muncong sebab lama sangat menunggu😅
Ayah nak simpan gambar ni bersama Hafiz sebab masa Matriks tu mereka berdua dapat 4 flat. Masa tu lah ada pengumuman yang pertama kali Kelas Express diwujudkan di Matriks UUM. Belajar 3 semester sahaja sebelum ambil degree. Kalau ibu tak silap hampir 30 kelas matriks dan 4 kelas sahaja dijadikan kelas express. Itu yang pelajar kelas express intake degree bulan December manakala yang lain intake seperti biasa bulan Julai tahun depannya.
Grup ni ada yang ibu tak berapa kenal. Kadang camtu lah... biasa nampak tapi tak tahu nama🙃Ni sampai² semua cari nasi sebab dah lapar. Pagi masing² tak nak sarapan.
Ibu, Maria, Shireen, Nisa, Ida, Sha dan Roger.
Ibu, Maria, Shireen, Nisa, Ida, Sha dan Roger.
Ramai lagi kawan² yang dapat jumpa kat sini. Ada gambar tapi tak ingat HP siapa. Tunggulah mereka share nanti ibu masukkan kat sini.
Kena tulis nama kawan² ibu. Ini pun ada yang ibu tak ingat tapi biasanya ayahlah yang akan ingatkan😊
Cantiknya wedding hall pengantin. Mesti mahal sewanya tu. Grand majlis kalau sewa tempat camni.
ReplyDeleteItu lah.. nampak grand tempatnya.. Cyberjaya plak tu. Cuma tak boleh accomodate ramai sangat pada satu² masa.
DeleteSelamat pengantin baharu buat kedua-dua mempelai.
ReplyDeleteMeriahnya majlis.
Alhamdulillah.. Aamiinn🥰
DeleteNseb baik kawan ibu dan ayah sama.. Boleh menyembang2 sambil kenang memori silam..
ReplyDeleteTapi, nama roger dengan hafiz tu memang rare.. Hihihi
Betul tu Linda.. cuma husband akak lebih kenal ramai orang😆
DeleteRoger = Raja Azura
Hafiz = Hafizah
Faizahanum = Faiz
haaaaa... gitu😂