Pages

Tuesday, January 7, 2025

Sesuatu Yang Manis²

Malam ni Kak Widad ada kelas. Sudah menghampiri akhir semester sebelum final exam. Nampak stress pulak. Habis kelas sambung group discussion.

Bila tengok keadaan Kak Widad camtu ibu tanyalah nak makan apa² tak?
Semua taknak... tapi nampak air matanya bergenang.

Cepat² ibu mesej ayah... minta belikan something yang manis². Mujur ayah masih di surau selepas solat Isyak dan memang belum balik rumah lagi.

Ayah ke Secret Recipe belikan 

  • Tiramisu cake
  • Carrot cake
Sampai² ibu hidangkan kek kat sebelah Kawi. Barulah ada senyum.

Ibu pun rasa bersalah petang tadi sebab tunjuk gambar lempeng dan serawa durian kat rumah nenek. Kawi minta tapaukan tapi masa tu ibu dah kat jalan besar nak pergi petrol pump. Taknaklah ibu patah balik sebab dah nak Maghrib.

Lega ibu bila Kak Widad makan separuh kek² tu. Siap dengar dia nyanyi² lagu Misha Omar😁

Kak Widad ni kalau tengah stress biasanya suka makan yang manis². Tak banyaklah tapi itu je nak bagi dia release tension. Sampai habis juga lah choc bouquet ibu dia makan😁.

6 comments:

  1. Makanan manis memang bantu untuk keluarkan hormon happy pills dalam diri... hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, naseb baik ibu aware... Untung kak widad.. Good luck kak widad.. Kalau linda pun stress juga belajar online nie

    ReplyDelete
  3. Biasanya kalau makan yang manis-manis ni tubuh jadi cergas kembali.

    ReplyDelete
  4. Sy pun mcm tu, kalau rs stress mulalah cr yg manis², paling tidak pun mkn coklat

    ReplyDelete
  5. ingatkan Pia je yang macam ni kak...asal lapar je moody,asal sedih,penat minta nak yang manis

    ReplyDelete