Tadi selepas office hour, ibu dan kawan-kawan ke Thong Bowl di Setia Alam. Last week one of officemate cadangkan untuk makan-makan sempena tahun baru 2025. Dia lah yang suggest makan kat Thong Bowl. Ibu sendiri tak pernah tau pun kewujudan restoren ni. Rupanya restoren TB beroperasi di tempat Restoren KFC sebelum ini. Ibu pun baru tau yang KFC di Setia City Mall sudah ditutup sama nasib dengan Starbuck.
Thong Bowl menyajikan masakan Thai.
Ibu ambil gambar beberapa menu.
Antara yang viral air gelas besar ni.
Mereka beri straw setiap seorang.. abestu takkan nak sorong sorang-sorang minum 😁
Minta paper cup... tak free ye... 1 biji 45 sen so kami minta 6 sahaja. Kemudian staff tambah lagi 6 secara percuma. Haaaa... gitu kan lebih baik.
Disebabkan cawan kertas ni cantik, ibu ambil gambar simpan sini. Lupa sebenarnya tadi masing-masing nak ambil bawa balik.
Super Australian Beef Bowl (soup).
Disebabkan cawan kertas ni cantik, ibu ambil gambar simpan sini. Lupa sebenarnya tadi masing-masing nak ambil bawa balik.
Super Australian Beef Bowl (soup).
Set ni boleh makan 3-4 orang. Harga RM99.00
Ambil 3 set. Tahap kepedasan boleh pilih 1,2,3.
Kami ambil pedas biasa 1, nanti kalau nak pedas bolehlah masing-masing tambah cili flake atau chilli oil.
Atas tu taburan bawang putih goreng.
Oh ya... sebelum tu kena gaulkan mi dan segala accessories dahulu. Bila dah gaul kuah sup tu akan berkurangan bila meresap dalam mi.
Sup ni macam makan kat Boat Noodle cuma serving dia besar lah.
Dalam tu ada hirisan daging yang sangat nipis , ketulan dan bebola daging.
Kami pilih Thai Flat Mee.
Makanan yang dipesan juga cepat sampai sebab sup tu memang sudah tersedia cuma nak top-up bahan yang lain.
Oh ya... sebelum tu kena gaulkan mi dan segala accessories dahulu. Bila dah gaul kuah sup tu akan berkurangan bila meresap dalam mi.
Bagi ibu kalau ada kuah lebih baru best, bolehlah hirup.
Sengaja lah ibu taknak pakai T-shirt hari Jumaat sebab terasa t-shirt ibu sudah mengecut 😂😂
Antara yang dapat join malam ni.
Suka suasana restoren ni. Nampak cerah dan ceria. Tak ambil pula gambar lukisan di dinding.
Seperti biasa.... pasti akan ada yang jadi mangsa untuk habiskan makanan.
Jabir je yang muda kat meja kami berempat. Yang lagi 3 dah 50's makan pun slow dan tak larat nak makan dah.
Belated birthday buat Rahmat pada 19/12/24 dan untuk ibu pada hari esok 4/1/25.
Sebelum bersurai, ambil gambar dahulu di depan restoren. Ada pula makhluk Squid Game mereka ajak sekali bergambar. Dalam menu tadi ada set Squid Game yang memberi peluang untuk menang hadiah. Patutlah beberapa staff memakai pakaian SG tu. Ibu memang belum berminat nak tengok SG walaupun sudah ada 2nd season di Netflix.
Video ni kawan ibu share tadi.
Alhamdulillah untuk 2024, semoga tahun 2025 semua akan bekerja dengan lebih seronok... ehhh 😀
By 7 pm all disperse. Ibu singgah Family Mart untuk tapaukan Kak Widad oden.
Besar betul ye teh dia memang kena share ramai2 la.
ReplyDeleteAkak rasa boleh minum dalam 6-8 orang kalau betul2 dahaga. Sebab kami isi 12 cawan tapi letak half je. Itupun ada balance sebab air dah kat bawah tapi ais banyak lagi.
DeleteFirst time tgk kedai ada serve teh jag besar mcm ni.. takut pun ada tgk.. kalau kami 6 beranak kompom x abis ni... hihi.. sesambil tu ada jugak surprise birthday kek bestnya
ReplyDeleteTak habis boleh tapau KM 😁. Gelas besar tu kaca, akak dok risau tergolek je bila diorang sendengkan nak ambil air dalam tu. Ais banyak dari air.
DeleteTerkejut tengok air tu besar betul! Tapi bila sharing 12 orang berbaloi juga harganya. Saya pun tak pernah makan sini n menu semua nampak sedap. Suka makanan thai!
ReplyDeleteTq share harga2 utk menu, mmng kena plan datang by group ni 😁
Ada akak tengok meja sebelah berdua je tapi order gelas besar tu.. geleng kepala kami nengok, kembung air nanti 😂
DeleteAda juga menu untuk seorang makan Maz tapi akak rasa serving dia pun agak banyak. Nak seronok memang kena makan beramai-ramai.
Besar2 semua porsi yaaa 😄😄. Memang untuk sharing... Tapi best macam ini, jadi bisa juga lebih hemat dan seronok makan ramai...
ReplyDeleteStaff SG tuh tak panas kah pakai topeng 😄😄? Better nonton setelah season 3 kluar kak 🤭