Petang tadi ibu join dinner office sempena tahun baru. Tahun ni mereka arrange di Le Meridien, KL. uishh.. kemain jauh. Takpe lah as long ada transport disediakan. 25 orang management staff termasuk 2 expat yang dapat hadir pada kali ini.
Keluar office jam 5.30 pm dan sampai jam 7.00 pm. Elok je semua sampai pada masa yang sama. CEO plak yang sampai dulu jadi terpaksalah beliau tunggu kami semua.
We had joy, we had fun, we had seasons in the sunBut the hills that we climbed were just seasons out of time
♫ ♩ ♬ 𝄞
Macam-macam lah diorang ni.. kat sini lah nak buat lawak. Kerja kat company dari saiz S jadi saiz XL 😁.
Yang ada ni semua manager tapi bila dah luar dari office, masing² keluar perangai. Kat sini lah pun nak berseronok² dengan colleague.
Buffet spread kat Le Meridien ni banyak. Malay, chinese, Indian, Japanese, middle east cuisine.. dan pelbagai lagi. Ibu dengar harga RM142 tapi dengan harga yang ditawarkan sangatlah berpuas hati. Semua pun sedap.
Ini ibu ambil gambar sikit.
Makan banyak-banyak karang teringat cerita Mr Bean 😆😆
Pernah sekali juga makan kat sini. Moga 2025 memberi kita seribu kemanisan untuk dikenang....
ReplyDeletewahhh... mesti puashati kan Ezna makan kat sini. Semua sedap.
DeleteAamiin... mudah-mudahan segala yang manis di tahun 2025
Tak berani nak try oyster tu takut tak tertelan.
ReplyDeleteTry satu Cie.... buat ghaso-ghaso 😁
DeleteBestnya dinner.
ReplyDeleteSedap-sedap semuanya. Terliur pula tengok menunya.
Seronok sesekali keluar dengan mereka.
DeleteAaah.. semua sedap tapi sayang tak dapat jamah semua menu yang ada bila perut penuh. Itu pun dah ambil quantity sedikit konon nak cuba semua tapi tak mampu.
Meriah dan nampak ukhwan di situ semiga terus berjaya dan maju di tahun 2025 dan tahun tahun akan dtg..
ReplyDeleteAamiin... harapannya bergitulah TT.
DeleteSyarikat dan pekerja terus bersatu.
Mcm kenal lagi tu hikhik...
ReplyDeleteMember ofis sy dulu kalau buffet kat hotel mesti cari oyster tu. Perah lemon pasty ngap. Sy x pandai makan gitu :D
Moga lebih baik utk 2025 Kak 🤲🏻
ekeke... Westlife 😁
DeleteSebab tak semua hotel ada sediakan oyster, bila ada kena makan. Member akak yang makan 12 pcs tu letak lemon dan sos Tabasco jadi ada sedikit masam dan pedas yang kurang menyengat.
kepelbagaian makanan
ReplyDeleteIa Lady... itupun akak tak ambil gambar yang lain. Banyak menu yang disajikan.
DeleteSA baru booked untuk boss SA dan top management lain..harga lebih kurang tu la buffet dinner...
ReplyDeleteoo.. ye lah kot sebab akak belum nampak claim dari bos lagi.
Delete