Pages

Wednesday, January 29, 2025

Menginap di Hotel Tamara, Melaka

Sabtu pagi sebelum pergi kenduri kawan ibu ayah di Cyberjaya baru ayah book hotel. Kan pagi tu baru ibu request ambil barang Wafi di PD dan suggest jalan-jalan.

Jam 8.30 pm baru sampai selepas gerak dari makan piza parang tu.

Cik Baya sudah sampai jam 7 malam manakala Cik Amie sampai sejam selepas itu. Semuanya pun impromtu je. Ibu share dalam grup family yang kita akan jalan² ke Melaka. Ajak lah sesiapa yang free untuk join cuma kena book hotel sendiri.

Sekali Cik Man dan Cik Amie macam berminat. Itu pun ibu tak conform diorang nak join ke tak. Style diorang jenis know.. know arrive 😅. Padahal masa tu Cik Amie masih OT di office manakala Cik Baya baru balik kerja, malam sebelum tu shift malam.

Cik Baya bertolak dari Klang jam 2 pm, manakala Cik Amie dari Kajang jam 4 pm. 

Tengok si Dina tu.. kemain happy dah sampai hotel. Makngah yang plan awal pun tak sampai lagi. Tapi Dina tak bolehlah mandi kolam sebab jam 7 malam, kolam dah tutup. Esok je lah pagi² mandi.

Gambar² bawah ni ibu ambil pada keesokan harinya.

Ayah di depan hotel yang mempunyai 11 tingkat.

Menurut staff front office, hotel ni baru beroperasi 4 bulan.

Jengok kolam mandi. Tiada life guard.
Tuala ada disediakan.


Mandi dari jam 8 pagi hingga jam 11.
Bagi puas hati.


Harith dan Dina.

Pemandangam dari atas tingkat 5, bahagian pool.

Bangunan sebelah tu adalah residence apartment.

Kuat angin kat sini.

Sofa menunggu.

Hiasan sempena perayaan CNY yang akan disambut lagi seminggu.

Luas betul lobi hotel ni.

Hotel yang masih menyediakan telefon dalam bilik.

Iron dan iron board turut disediakan disamping safety box.

Peti ais mini.

Toilettries yang disediakan.

Bilik air luas. Sebelah kiri tu shower. Air pun kuat. Bahagian shower guna blind jadi dari katil boleh see through kalau tak tutup bidai 😁

Kopi, teh, gula, creamer dan air minuman yang ada. Tak sempat pun kami nak buat² air semua.

Kemain besar meja dan cermin ni.

2 katil single.
Ambil gambar guna wide angle itu yang nampak katil seperti double.

Jam 12 malam baru sampai bilik. Masuk² bilik sudah sejuk. Mungkin aircond centralised cuma bolehlah nak adjust temperature sendiri.

Sempat Cik Ami ambil gambar ni masa kami sampai kunun nak matchy² dengan Myvi merahnya.

Test drive sampai ke Melaka untuk tambah mileage. Nanti 1000 km dah nak kena service. Berempat je jadi bolehlah bawa jalan jauh. Seat belakang menegak sikit dan tak ada curve, jadi kurang selesa. 

Ayah check-in dulu tapj beg semua masih dalam kereta sebab kami nak makan dulu.
Harga bilik kami RM188++ termasuk tax beserta 2 orang breakfast. Dibeli melalui booking.com
 
Tak tau lah kenapa... kadang bila upload gambar dalam blog gambar jadi terbalik. Gambar last jadi gambar pertama masuk. Itu yang tak ikut susunan. Bila update guna HP, lambat plak nak edit satu².. jadi biaq pi lah 😁

8 comments:

  1. Aah betul tu selalu jugak kena kalau nak upload gambar sekaligus. Kena la masukkan sesatu kalau guna hp. Best jugak hotel tamara ni ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk rasa macam ikut luck je... kadang ok je terus ikut turutan gambar awal masuk dulu. Nak masuk sesatu jenuh juga tu huhu..

      Delete
  2. Baru lagi hotel nya.. Patot tak perasan nama hotel nie..linda dah dpt rentak nk upload gmbr guna HP. Kena mula dengan gambar yang last sekali nak masuk = yg paling latest dalam gallery kita. Kalau HP linda lah.. Sebab kebanyakn post linda, mmg upload gmbr dr HP je.. Malas nk transfer gambar. 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun upload terus dari HP. Itu yang bila gambar banyak akak akan upload dulu kemudian bila nak tulis baru guna laptop. Senang sikit nak adjust kedudukan gambar bila tak tersusun. Later akak try cara Linda.

      Delete
  3. ((KNOW KNOW ARRIVE)) 🤣🤣🤣🤣. Suka saya istilah ini 😄😄.

    Baguuus hotelnya. Kamar pun luaaas. Yg terpenting kalo ajak anak, mesti ada pool, baru mereka senang 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada adik² yang sejenis begitu. Kadang tak bagitahu nak balik kampung, tiba² sudah sampai rumah mak. Akak plak kalau nak pergi mana² di luar kawasan memang akan beritahu dalam whatsapp grup family dulu. Jadi mereka tahu keberadaan kami.

      Delete
  4. Boleh la amsukkan hotel ni dalam wishlist..dah tua2 ni nak tenang- tenag kalu setakat Melaka ok lagi lepak on weekend kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel ni cam kat pinggir bandar jadi mungkin ambil masa untuk ke Bandar Hilir.

      Delete