Pages

Wednesday, January 29, 2025

Buffet Korean Food Dengan Rakan Sekerja

Ini cerita Jumaat lepas, 24/1/2025

2-3 hari sebelum tu officemate ajak makan Korean food di Setia City Mall. Layankan je lah mak buyung tu. Kami lah yang jadi mangsa ajakan 😁. Tapi tak mengapalah... nak juga rasa makanan di restoren lain.

Buffet berharga RM33.80, before tax 

Masa yang diberikan 1 1/2 jam. Masa kami sampai tu jam 6 pm.

Disebabkan ibu sudah lapar, makan dulu yang ready to eat.
Kalau tak silap glass noodle tu dipanggil japchae. Ambil juga rice cake, kepak goreng 3 flavour.

Seaweed, kimchi dan sweet corn.

Glass noodle dan ttheobokki

Bahan-bahan untuk masuk dalam kuah steamboat.


Beberapa jenis rice cake.

Goreng-goreng pun ada tapi ibu tak ambil lah sebab cam biasa je.

Ni sedap. Fried chicken masa tu tengah refill.

Ada lagi.

Ibu hanya ambil 3 ketul wingette, salutan yang berkenan je.

Dumpling goreng. Crispy di luar tapi lembut di dalam.

Ni kuah yang mereka buat.
Ibu rasa sikit je sebab tak begitu tertarik dengan perisanya.
Kalau tomyam mungkin ok lah tapi mana ada kat resto Korea ni😁

Berlima sahaja.

Makan-makan sambil bersembang tak sedar sudah melebih jam 7.30 pm.

Sekali staff kat situ hulurkan 7 cup aiskrim.
Ehhhh... nampaknya sudah kena keluar... soft reminder tu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Orang lain takde pun dapat aiskrim yang keluar sebelum kami. Mungkin mereka awal atau on time.

Namun aiskrim tu takde lah kami makan kat situ, karang lagi lambat.
Pegang bawa balik je πŸ˜† selepas buat bayaran di kaunter.
 

10 comments:

  1. Seronok sesekali makan dengan kawan-kawan macam ni ..

    ReplyDelete
  2. Seronok sesekali makan dengan kawan-kawan macam ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... rajin dak² muda ni nak healing² bila sampai hari Jumaat.

      Delete
  3. Best jugak tu ramai2 makan puas2. Sambil borak tak sedar je masa berlalu.

    ReplyDelete
  4. Rasa seronok sangat kan kalau dapat bersama kawan-kawan.
    Biasanya begitulah, tak sedar masa begitu cepat berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang dah plan... lepasni set alarm🀣

      Delete
  5. Amboi, nasib baik soft reminder dia sweet je... Hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... boleh je sebenarnya staff beritahu kami masa dah cukupπŸ˜‰
      Tapi salah kami juga sebab tak alert.

      Delete