Restoren hotel dibuka dari jam 7 - 10 am. Ibu ayah hanya turun berdua jam 7.15 am . Kak Widad dan Wafi taknak turun sarapan. Kalau nak tambah breakfast RM28 seorang.
Masa masuk restoren tak ramai pengunjung lagi. Dapatlah ibu ambil gambar menu yang dihidangkan pagi tu.
Ada mi kuning sahaja dan ini condiments nya.
Pau kaya dan pau kacang.Telur goreng.Sambal kacang.Kuah lodeh.Nasi impit.Rendang ayam.Sambal tumis.Nasi lemak dan kawan² dia.Set bubut nasi.Pilihan kuih muih dan buah-buahan.Set roti.Teh dan kopi.Jus oren dan jambu batu/pink guava.Cereal.Salad dan dressing.Awal-awal nasi impit dah memanggil-manggil. Ibu tambah seketul wingette rendang. A+ ibu rating. Kena betul rasa kuah kacangnya bagi ibu.Ambil pula nasi impit kuah lodeh. Tambah lagi seketul wingette rendang.Set bubur nasi pulak.
ehhhh.... setakat 3 jenis ni semua sedaplah. Secukup rasa.
Ibu ambil sikit² je semuanya.
Nak juga makan kuih sikit, puding roti dan kuih bakar. Kuih bakar lembut cuma tak boleh lawan nenek punya yang lebih berlemak😅Salad pulak ambil 2 helai je nak bagi warna-warni dalam perut kihkih...Mi sup pulak.
Ini pun sedap. Kuah sup secukup rasa. Tambah plak sambal kicap memang terangkat.
Cukuplah.. dah kenyang. Tak ambil nasi lemak pun. Patut kena rasa sambal tumisnya cemana 😁
Diakhiri dengan kopi o panas tanpa gula.
Walaupun seleksi makanan yang disediakan seperti di atas, namun dengan harga RM28 ia sangat berpatutan. Yang penting rasanya sedap dan makanan ditambah apabila sudah berkurangan.
Tiada live counter untuk penyediaan omelette dan segala jenis telur.
Banyak pilihan tu boleh rasa serba sedikit.
ReplyDeleteBanyak pilihan dan semua sedap2... Rendang tu memang sedap lah, sebab 2x amik dah tu.. Hihihi
ReplyDelete