Pages

Wednesday, January 29, 2025

Kesempatan Bertemu Blogger Amie's Little Kitchen

Ini cerita minggu lepas, Isnin 20/1/2025

Masa ibu baca blog Amie's Little Kitchen, beliau terbang untuk pulang ke kampung. Kebiasaannya kalau balik kampung tu pasti akan travel ke mana-mana. Masa tu ibu berada di ofis. Jadi cepat-cepat hantar mesej kot boleh selit sedikit masa untuk berjumpa. Ibu suggest masa dan tempat sekitar Eco Grandeur. Mudah kat situ sebab kat tengah-tengah antara kampung Cikgu Amie dan rumah kita.
Alhamdulillah.. pelawaan ibu dipersetujui.

Jadi haritu sharp jam 5.30 pm ibu keluar office. Cari ole-ole sikit. Yang paling senang hasil tempatan berupa kerepek-kerepek yang dibeli di Jalan Paip. Balik rumah dulu siap-siap. Buka puasa makan sikit, alas perut je sebab nak temankan Wafi.

Jumpa di Seteshen@118, Eco Grandeur jam 8.15 pm.

Ibu ajak ayah untuk ayah join sekali tapi ayah kata lambat lah sikit. Mujur cuti sekolah jadi sepanjang jalan dari Gombak agak smooth. 

ouchhhh... so sweet pasangan Kak Amie & En. Majid.
Seronok berbual dengan mereka berdua. Dari satu topik ke topik lain.

Bila berdiri sebelah... alahaiiii... kecil molek je cikgu kita ni.
Kena beredar dah sebab cafe pun nak tutup. Tak terasa pula masa bergerak pantas bila bersembang santai.

 Ole-ole dari Sabah ni. Amplang 2 perisa.
Siap dengan container sekali.. terima kasih Kak Amie bagi kudap-kudapan. 

Insyaallah di lain masa kita jumpa lagi.
Semoga ukhuwah terus berkekalan.

8 comments:

  1. Alhamdulillah.. Semoga ukhwah terus terjalin...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat jumpa Kak Amie...semoga ukhwah terus berpanjangan ye..

    ReplyDelete
  3. Bestnya tu dapat jumpa rakan blogger. Siap dapat ole2 Sabah. Semoga ukhwah berkekalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... ada kesempatan bertemu Kak Amie.

      Delete
  4. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan untuk kita berjumpa.
    Tak sedar cafe hendak ditutup, tapi masih rancak berbual.
    Semoga jumpa lagi di lain waktu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kak.. lenkali kita jumpa lagi🥰

      Delete