Masa kami sampai di KLIA, Cik Elis dan family pun baru sampai. Mereka solat dahulu di Masjid KLIA.
Aiman akan menyambung pengajian Alim di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS), Turkiye cawangan Negeri Denizli. Pengajian tajaan penuh MTS selama 3 tahun. Di akhir tahun pengajian akan ditempatkan pula di MTS HQ di Istanbul. Tahun ini MTS Malaysia hantar seramai 80 orang pelajar ke Turkiye.
Ni kalau semua makcik pakcik dan sepupu lain hantar, mau penuh KLIA tu.
Budak yang hilang masa hantar Abang Muhammad.
Sabarlah Alya... sampai bila-bila pun akan jadi usikan kenangan.
Aiman dengan Nenek Klang dan Nenek Kuantan.
Family ummi.
Ini Kak Widad mesti mood baik siap peluk tangan abang dia. Atau mungkin sudah berbaik-baik dan insof ð. Dulu abang dia tersentuh bahu sikit pun boleh meletus perang.
Family Cik Baya.
Family Cik Ami.
Ini budak macam dia yang nak gi fly siap ada pramugari tegur nak kemana ð
Family Cik Ami.
Ini budak macam dia yang nak gi fly siap ada pramugari tegur nak kemana ð
Jom lah Dina nanti kita gi Korea ð
Tu haaa.. ummi buat kejutan datang dari Tapah. Anak buah apa lagi terus terkam peluk ummi.
Itu Dina dah paw makngah... masuk 7E pilih jajan macam kedai tu bapak dia punya ðĪŠ
Itu Dina dah paw makngah... masuk 7E pilih jajan macam kedai tu bapak dia punya ðĪŠ
Siap pilihkan untuk Bella lagi.
Bagus anak kecil ni... ingat kawan hehe..
Mula-mula nak ambil aiskrim ni.. lepastu ambil Magnum plak...arghhh... mahal-mahal... ambil je aiskrim Top Ten. Dina nak belikan kakak dia. Ibu ambil lah beberapa keping boleh makan ramai-ramai.
Aiman dan sepupu-sepupu.
Diorang ni sepupu besar dan mereka sangat rapat. Tak lama lagi akan ramai yang akan join sepupu besar macam Adam dan Syafiq bila masing-masing meningkat dewasa.
Entah apa yang nak dibelinya.
Ayah dan Ustaz Raani. Dulu mengajar ayah di Sekolah Alam Shah. Anak ustaz pun fly juga.
Bersama beberapa bapa pelajar dan Ustaz Yadman (MTS).
Ayah bersama Uncle Azim, pendaki Gunung Everest. Beliau merupakan ex-student ayah. Jumpa malam tu sebab hantar anak buahnya juga ke Turkiye. Uncle Azim ni pernah datang ke rumah masa raya, bawa peralatan mendaki sebab nak tunjuk kat ayah dan kawan-kawan. Tak ingatlah tahun berapa tapi selepas beliau menakluk puncak Everest tu lah.
Dina minta ambilkan gambar dengan ikan. Elok je ikan tu berkerumun kat satu tempat. Masa ni baru keluar dari restroom sebelum Dina ajak masuk 7E.
Anak buah ketiga menyambung pengajian di luar negara selepas Abang Muhammad dan Kakak Intan.
All the best Aiman ð
Semoga menjadi pemangkin buat sepupu yang lain.
Selamat perjalanan dan Allah permudahkan urusan di sana.
Alhamdulillah selamat sampai setelah menempuh perjalanan panjang dan transit 4 jam di Dubai.
Tahniahnyer Aiman dapat sambung belajar sampai ke luar negara
ReplyDelete