Pages

Wednesday, January 29, 2025

Si Merah Sudah Sampai

Khamis 23/1/2025, Aida Sales Advisor Perodua hantar kereta ke rumah. Dah petang masa tu about jam 7 pm. Ingatkan nak ambil kat showroom tapi dia nak hantar.. lagi mudahlah. 

Senang berurusan dengan Aida ni. Semua melalui whatsapp je. Kali kedua berurusan dengannya. Sebelum ni masa ibu arrange  pembelian kereta company.

Ibu book 16/11/2024.
Masa tu ada je ready stock tapi ibu minta hold dulu sebab dah nak akhir tahun. Rugi dari segi tahun. Jadi ibu request kereta production dan registration tahun 2025. Lagipun tak urgent.

Awal tahun 2025 baru buat urusan documentation. Bila loan approved dan sign agreement baru SA uruskan hal lain. Masa yang sama ibu book nombor pilihan melalui JPJebid. RM10 proses dan RM300 bid. Kebetulan masa tu tinggal 24 hours je sebelum tutup. Ibu bid malam jadi the next malam dah dapat result. No yang sama dengan Exora dan City. Bukan tiap² tahun beli kereta, jadi better ambil no yang dikehendaki walau takde pun special no. tu.

Axia Lava red ni Kak Widad yang pilih walau Abang Imi nak Coral Blue. Biasalah Bami nak yang tenang² je berbanding adik dia yang lebih berani😅

Ibu rasa beli Axia ni paling banyak dapat free gift dari SA.
  1. Payung
  2. Car jumper
  3. Luggage organizer
  4. Sunvisor organizer
  5. Phone holder
  6. Round box tissue
  7. Tumbler
  8. Sun shade
  9. 2 pcs air freshner
  10. 2 pcs air freshner refill
  11. Pen
  12. Key holder
  13. Pelapik HP
Bolehlah Kak Widad biasakan bawak dulu kat sini sebelum balik U bulan 10 nanti. Rupanya besar juga saiz Axia baru ni. Bila letak sebelah City tak jauh beza. Ibu lagi suka kalau Axia tu sama saiz Viva yang ada sekarang sebab nampak lebih mudah nak bawa. Masuk parking pun terus menyelit je😁

 

8 comments:

  1. Terus rindu babyXia kita juga... Hihihi... Warna Merah lah Bami.. Baru Aumm sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh... dah let go ya BabyXia bila ada BabyRuz.
      aumm sangat jadinya🤣

      Delete
  2. Alhamdulillah.. tahniah kakak widad dah Ada kereta baru ....cantik.aunty SA pun suka merah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta sama² dengan abang dia.. karang cakap kereta dia abang tak puas hati😅

      Delete
  3. Cie beli kereta semua merah. Nampak garang merah cantik & susah nak nampak buruk walaupun dah lebih 9 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. suka merah ya.
      Akak sebelum ni ambil kereta kaler silver je. Axia anak² tak bagi ambil silver.. diorang kata macam kereta sekolah memandu😁

      Delete
  4. Wah, merah menyerlah warna merah!
    Semangat Kak Widad!

    ReplyDelete