Ada cekodok pisang, nasi goreng dan telur separuh masak. Ada leftover nasi walau masak satu pot je. Pagi ni gorengkan je. Bila campur 2 biji telur + buncis + kacang panjang jadi banyak.
Rasanya sampai ke tengahari ni. Jadi ada harapan tak perlu masak πππ. Lagipun petang ni ayah ajak keluar.
Sambungan citer semalam, lepas briskwalk terus ke Ghulam Rasul, Alam Jaya. Pekena roti puri. Sini paling sedap setakat ni. Ibu suka kuah kentamg dia.Disebabkan telur ½ masak kat sini lah hari ni ibu buat sendiri kat rumah. Ibu paling tak suka kalau telur ½ masak masih ada yang cair lagi. Terpaksa ibu pilih yang putih je.
Memang purposely nak redeem MySARA. Bukan ibu tak beli barang dapur sebelum ni tapi sebab ibu jenis nak pilih barang dan cukupkan RM100π. Nak pilih pelan².
7 barang, beras, Boh teh tarik, Lipton uncang, Boh teh hijau, kopi 3 in 1, ubat gigi dan sos cili semuanya berharga RM100.20
Haaaa.... gitu lah ngada² terpaling nak mengira.
20 sen minimal je.
Ada barang lain yang ibu dah asingkan untuk bayar. Bila sampai kat telur, cashier tanya ada lagi ke IC lain. Owh.... baru ibu tau, telur pun boleh redeem.
Satu lagi, cashier bagitau boleh je bawak IC macam anak punya kalau ada. Laaaa... ingatkan tuan punya badan yang kena tunjuk muka. Patutlah ada kes pembeli nak redeem tapi bila cashier check sudah ter"redeem". Rupanya sebelum ni IC dia hilang. Jadi adalah orang yang tak bertanggungjawab guna.
Lagi satu... macam tak properlah kita bagi IC kat orang lain unless ahli keluarga yang tidak berupaya untuk keluar.
Ni pulak menu lunch. Simple je. Kari ikan daun tanpa santan. Rebus peria dan terung hijau. Sambal ayam penyet AP.
Makan sorang je sebab ayah ada aktiviti OBW di SAS.
Petang kawan Kak Widad, Raihan hantar Tiramisu Matcha. Dah Widad takde kat rumah jadi ibu dan ayah je lah makan.







Nampak menyelerakan la sarapan pagi ni.
ReplyDeleteMasa rajin nampaklah beberapa jenis π
DeleteNasi goreng campur telur memang sedap kan.
ReplyDeleteHaaa... serasi bersama gitu.
DeleteBuat sendiri telur masak separuh ada masa menjadi, ada masa tak menjadi.
ReplyDeleteAkak dah set 8 min setakat ni jadi.. didihkan air, tutup api dan masukkan telur saiz B. Takyah tutup periuj. Kalau saiz A, 9 min.
DeleteYang pakai bekas plastik kuning akak tak pandai pakai. Pernah guna tapi tak jadi.
lama tk mkn telur masak separuh..cekodok pisang fav tu
ReplyDeleteAkak cuti je buat telur ½ masak. Weekdays makan biskut atau beli je.
DeleteMood rajin, adalah extra menu sikit kan. Alhamdulillah..Lagi senang tu tak perlu nak masak dah.
ReplyDeleteItu yang bahayanya kalau IC hilang. Macam-macam orang boleh buat dengan IC tu.
Tengok peria rebus buat ulam tu rasa teringin pulak. Sedapnya cicah sambal belacan.
Tiramisu matcha pulak muncul ye.
IC hilang walau kita report tapi macam yang sedia ada tak boleh cancel. Tak tau ler proses nya cemana.
DeleteKat rumah kalau sorang bolehlah rebus peria tu sebab anak² tak makan. Diorang suka yang goreng tempura je.
Telur separuh masah selalu SA guna bekas kuning tu..x risau dah sebab gerenti menjadi..hehehe...sedap nampak semuanya tu...
ReplyDeleteAkak dulu ada tapi buang dah, tak tau kenapa bila buat asyik tak menjadi. Sekarang kalau nak buat set timer je.
DeleteLihat Paria atau pare, saya langsung drooling π€€π€€π€€π€€π€€. Sedapnya ituuu. Saya biasa makan mentah kak, dengan sambal belacan. Tp kalo direbus pun sedap juga.. asal jangan terlalu lama. Sukaaa dengan suara crunchy nya ππ
ReplyDeleteAduhhhh...kalau pare kodok tu pahit mbangetπ€£. Arwah nenek dulu ajar makan mentah... sampai sekarang teringat pahitnya. Itu yang sekarang rebus sekejap.
Deletewow random betul kawan kak widad bagi tiramisu matcha tu. mesti sedap!
ReplyDeleteIbu ayah makan separuh je lepastu kebetulan beberapa hari kemudian kak widad balik, dapatlah dia rasa.
Delete