Pages

Sunday, November 16, 2025

Lata Kolam Air Deru, Ecopark Jerteh

Lata Kolam Air Deru Ecopark
Alamat: 5048B, Jalan Air Panas La, Kampung La, 22010 Jerteh, Negeri Terengganu, Malaysia. 
Ia berada dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu (Hulu Besut) di Terengganu.

Tengok gambar yang dihantar pun... Subhanallah... lahaiiiii... cantiknya tempat ni.
(gambar asal ada beberapa orang berdiri atas batu tapi ibu sudah padam)

Aktiviti Kak Widad bersama rakan kuliah.

Jom Cipta Kenangan Terindah Bersama Classmates SMSKPP!✨

πŸ“… Hari: Khamis (sebarang pertukaran tarikh dorang bagitahu)
πŸ“† Tarikh: 13 November 2025
⏰ Masa: 2:00 (DEKAT SANA) Be punctual. (After kelas ITF)
πŸ“ Tempat: Lata Kolam 🌊🌿

Mereka nak healing lepas habis defend proposal FYP pada hari Selasa 11/11/2025


Jalan nak masuk pun bersih dan cantik.

Geng gegirl.

Rasa cam ada lagi yang tak masuk frame.



Yang gegirl potluck makanan.
Mulanya geng lelaki nak buat BBQ tapi bila tengok yang join terlebih ramai, tak jadi pula. Nak prep tak sempat itu yang mereka decide kumpul duit seorang RM6, beli nasi/bihun goreng.









Jernih betul air kat lata ni.

Kenapalah lata-lata camni takde kat sebelah rumah.
Geram betul nengok. Rasa nak mandi.

Dah pesan kat Kawi lepas ni masuk musim tengkujuh tak boleh pergi dah mana-mana lata.

17 comments:

  1. Aduh jernihnya! Terasa-rasa nyaman airnya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat berendam masa cuaca panas... mau dok lama dalam tu.

      Delete
  2. Wahhhh dinginnya air tu....cantiknya permandangan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa cantik view situ... tapi tak tau lah nak sampai ke situ kena jalan jauh ke tidak.

      Delete
  3. Syioknya berendam air dah le jernih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kak pi cari sungai berendam... tengah panas ni kat luarπŸ˜…

      Delete
  4. Cantiknya Lata Kolam Air Deru Ecopark ni. Air jenih dan sekitarnya bersih. Best healing kat sini. Masa zaman study lah ni dapat buat aktiviti macam ni ramai-ramai. Elok tersusun makanan tu. Bagus mereka susun elok-elok.
    Kann..kenapalah tempat cantik semua jauh-jauh. Kalau dekat boleh selalu pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. cantikkan.. biasa tempat² gini nak masuk pun jauh.
      Lata kat tempat saya Lata Kanching.. tapi monyet bermaharajalela.

      Delete
  5. bestnya tgok kak widad...SA suka air terjun gak..betul tu..musim tengkujuh ni jangn pergi la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesan tu sebab kerap dengar kat Terengganu ramai yang lemas bila mandi-manda tempat gini.

      Delete
  6. Betuuuuuuul, sukaaaa sangat lihat air nya 😍😍😍😍. Memang jernih, bersih pula. Yakin pasti dingin dan segaaaar. Rasa2nya jika di awal tak nak mandi, lihat airnya begini pasti berubah pikiran πŸ€©πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya begitu Fanny... konon celup² kata je.. last² mandi alasan basah dah sampai atasπŸ˜‚

      Delete
  7. subhanallah, jernihnya! terengganu ni kalau lata ke, sungai dia mmng on top betul!

    ReplyDelete
  8. Subhanallah. Cantiknya tempat rekreasi.
    Makanannya pun meriah sungguh.
    Seronoknya Kak Widad dapat menikmati keindahan alam bersama kawan-kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang memang fasa dia nak study happy-happy dan ikut aktiviti luar kat sana setelah setahun online.

      Delete