Pages

Saturday, November 15, 2025

Osaka, Japan 2025 : Cari Ole-ole Di Don Quijote dan Singgah Supermarket Tamade

Dari USJ kami singgah Don Quijote (Donki) dulu sebelum cari makan. Ingat nak cari buah tangan sikit.

3 kali masuk sini. Mall paling dekat dengan hotel walau takdelah dekat sangat sebab kena berjalan.

Masuk tandas dulu, kiri kanan ada mesin vending mainan. Bila banyak sangat mesin gini, ibu dok terfikir orang Jepun ni memang suka eh simpan mainan.

Masa nampak banting ni ingatkan ada restoren dalam Maruhan mall rupanya salah tekaan kami.

Rupanya nak tunjuk makanan halal dijual kat dalam Donki. Rak makanan halal tapi kami tak ambil apa². Patut try satu-dua barang kat sini. Baru teringat Cik Elis ambil mochi tapi tak sempat dibuka sebab dah sealed untuk dibuka di Malaysia.

Geram tengok stokin kat sini. Comel-comel. Ingat nak belikan omey tapi nengok harganya... baik beli kat MrDiy je 😁

Malam selepas solat Isyak kami masuk lagi ke Donki sebab siangnya kelam kabut. Malam lebih rilex cari barang. Lagipun tadinya kan balik awal jadi sempatlah masing-masing lelapkan mata luruskan kaki. Sejam juga lah masing-masing lena.

Tertarik dengan hiasan dalaman di kaunter Donki.

Don Quijote (Donki)

Menarik konsep kat sini. Plastik untuk bungkus payung (bahagian atas), nanti nak keluar buang plastik masuk dalam bin yang disediakan. Used plastic tu akan dikitar semula. 

Keluar dari Donki, Cik Elis nak masuk Daiso Japan, tengok-tengok ada tak barang yang takde kat Malaysia. Salah satu Daiso ni betul-betul seberang jalan Mega Don Quijote. Tapi tak jumpa yang berkenan di hati.

Masuk Family Mart cnak cari kopi 3 in 1 tapi tak jumpa pula. Malam nak minum panas-panas.
Alternatif yang ada beli je air botol panas yang dijual dalam rak. Ambil teh o Jasmine ni sebab yang ada susu tu takut tak halal pula. Bila check yang bersusu guna Halal apps tak keluar info.

Panas dia takde lah terlalu panas... sedang² je... bawa balik hotel masih lagi panas suam. Boleh lah nak panaskan perut. Teh Jasmine ni cam ada rasa inai pun iaπŸ˜†πŸ˜†... bolehlah buat bau² teh. Nak sedap memang Lipton atau Boh je sebab lidah dah serasi 2 daun teh dan jenama ni.

Masuk Supermarket Tamade dulu sebelum ke Donki. Masa ni banyak lagi  sashimi yang ada. Ingat balik tu nak singgah beli. Yellow tag tu harga dah discounted. Sekali bila pergi semula dah habis. Tak jadi lah nak makan sushi.

Inilah yang dibeli dan makan malam kami selain megi cup.
Pisang, jagung rebus RTE, limau dan mochi.
Mochi tu sedap... lembut. Pelbagai perisa ada.

Ciqsuq bagi Saba/grilled mackerel.
ehhh... sedap pula makan ikan panggang ni cicah sikit dengan soy sauce yang disediakan.

Jam  Seiko Alba berharga ¥7,000 yang nenek beli.
Kenangan datang ke Japan. 

Periksa steps hari ni sebelum tidur..
 

16 comments:

  1. Maaakkkk! Hari-hari jalan kaki berkilo meter boleh bikin jadi kurus bah! Banyaknya kalori terbakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pelik juga sebab kemain banyak step dan kalori terbakar tapi balik Malaysia berat statik je. Mungkin sebab makan kat sana sedap 😁

      Delete
  2. Nenek pun membeli kenangan di Jepun..memang brand Jepun tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenek pun tak tau nak beli apa.. takkan nak beli onit, karang cucus sauk πŸ˜‚.. jadi soh beli jam je lah.

      Delete
  3. Umangaii..laluan ke tandas pun cantik. Macam masuk kedai game mesin tu. Di Japan ni apa je yang murah. Duit dia lagi besar. Kalau nak beli tu kena fikir banyak kali kan. huhu...
    Yeay, dapatlah nenek jam tangan buat kenangan pergi Japan. Comel je nenek pakai jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara yang tak murah huhu...
      Cuma kasut dan jam je murah compared to tempat kita. Itupun lagi banyak yang mahalπŸ˜†
      Jam buat kenangan... itu je lah rasanya yang paling senang sebab boleh terus pakai dan tahan lama.

      Delete
  4. SA pun berkenan stokin tu kak...jam nenek tu lawooooo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ¥1,200 sepasang... pitammmm
      Jam tu harga affordable, tunjuk kat mak terus dia berkenan.

      Delete
  5. Rasanya kan, tak ada makanan failed selama di jepang memang. Saya pun sukaaaa sangat. Even makanan di supermarket pun sedap 🀀🀀. Itu yg buat rindu ke jepang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan mereka nampak simple kan tapi taste dia boleh teringat². Akak pun dah riki² resto masakan Jepun kat sini, nak makan ramen.

      Delete
  6. fuhh nenek bergaya dgn jam barunya! dapatla satu kenangan. kalau kat malaysia masuk dondonki, mmng suka belek bahagian makanan. kat jepun mampu tgok jelah, banyak yg tk boleh dimakan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak beli kena scan dulu... kalau banyak masa bolehlah scan satu² huhu.. Jadi kami beli yang disyorkan sahaja. Adalah Cik Fatin scan juga bila masuk Family Mart.

      Delete