Pages

Sunday, November 16, 2025

Osaka, Japan 2025 : Sarapan Ramen Di Kansai International Airport (KIX)

Day 4️⃣ : 20.10.2025 Monday

5:35 am : at lobby
6:00 am : Airport 
10:00 am : ✈️ to Malaysia 
06.25 pm : Arrived

Hari terakhir di Japan.
sob sob 😪😪🤧🤧

Sampai dah di Terminal 1 KIX.. dalam van tadi semua melayan perasaan.

Lepas check-in luggage jom turun makan dulu. Masa kami sampai tadi kaunter Vietnam Airlines tak buka lagi. Jam 6.30 pagi baru dibuka.

Food court yang diberi nama Tasty Avenue terletak di Level 2. Tour guide dan beritahu awal-awal yang kami akan sarapan ramen dahulu di airport.

Level 2F.

Kiosk Halal sebelah kiri sekali.
Ada situ tanda Halal certified by NPO Japan Halal Association.

Pagi hanya ada beberapa menu sahaja yang tersedia.

Jom lah pilih nak makan apa pagi ni.

Udon noodle with boiled egg.

Perbezaan utama antara ramen dan udon terletak pada tekstur, ketebalan, dan bahan-bahan. Ramen mempunyai mi yang lebih nipis dan kenyal, selalunya berwarna kuning dan dihasilkan dengan air alkali (kansui), manakala udon mempunyai mi yang lebih tebal, lembut tetapi kenyal, berwarna putih dan biasanya tidak mengandungi telur atau kansui. 

Udon noodle with deep fried tofu.

Morning set Grilled Fish.

Comfort food betul.

Ibu tak ingat hidangan yang mana satu dimana pelanggan masukkan kuah sup/broth dari machine dispenser sendiri. 

Pinggan mangkuk hantar semula ke kiosk ni. Jadi terjamin lah ia tidak bercampur dengan bekas makanan yang tidak halal.

Haaa... depan pelanggan berbaju putih tu lah broth dispenser machine. Pada ibu unik sekali, satu sebab pertama kali jumpa. Kedua, ia agak praktikal untuk kita sendiri tentukan berapa banyak sup yang dikehendaki.



Cik Elis tambah kriuk-kriuk. Free je tapi ibu tak ambil sebab nak rasa keaslian sup ramen.


Sedap... nenek pun boleh habis makan.

Macam ni bolehlah jalan² tempat lain lagi bila tiada masalah makan makanan tempatan.

Kiosk halal tu, masuk sini dan terus ke dalam, sebelah kiri.

Selepas makan, dah boleh masuk ke kaunter Imigresen dan Kastam.

Ada masa lagi jadi TG cadangkan kalau ada yang nak membeli belah di sini boleh lagi. Sebelum naik tren untuk ke terminal.





Kira syiling... nak habiskan tapi masih ada lagi balance terutama syiling ¥1 banyak lagi.

15 comments:

  1. Ada kiosk halal di Jepun menarik ni. Boleh la pelancong muslim makan kat sini ya....selalunya Ramen tu supnya dari Oink Oink sebab pernah tengok cara pembuatannya....kalau halal tu memang kita sebagai muslim makan tanpa was was la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada baca NPO Japan Halal Association dapat pengiktirafan dari Jakim dan beberapa badan Halal Asia Tenggara. Alhamdulillah makan kat resto halal Jepun tanpa was-was. Lagipun pergi dengan travel agensi takde risau sangat nak cari makanan halal.
      Jajan-jajan pun tour guide rekomen yang halal atau Muslim friendly.

      Delete
    2. Oh travel agency rupanya jadi tanpa was was la....

      Delete
  2. Apabila ke negara orang, rugi tak cuba makanan di sana. Mesti ada kelainannya dengan di negara sendiri.

    ReplyDelete
  3. nenek moden ni sbb bole mkn menu di negara jepun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... suka sangat yang sup².
      Mujur semua pun sejenis boleh terima makanan luar.

      Delete
  4. Senang kat situ ada Kiosk Halal. Sedapnya makan udon. Sup dia jernih betul ye. Mesti sedap makan yang original kat sana. Jepun ni memang terkenal dengan ke'pratikal'an sistem dia kan. Wah, nenek pun berselera juga makan. Seronok tengok nenek boleh terima makanan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang akak perasan walau sup mereka clear tapi rasanya sedap. Dia tak rasa rempah. Nantilah nak cari kat sini kot ada yanh setanding.
      Alhamdulillah... nenek jenis senang nak makan apa² jenis makanan terutama yang bersup².

      Delete
  5. Bagus ada kiosk halal kat situ...senang kan kak...amboi nenek..nampak berselera nenek makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam satu je yang halal kat airport situ.. datang Japan banyak resto halal sebenarnya. Cuma kena pandai cari.
      Mak jenis sup-sup memang suka.

      Delete
  6. Macam dah berubah KIX dari yg dulu saya datangi 🤩🤩. Rasa2 nya tak lihat tasty street ini dulu. Bagus juga konsepnya, ada broth dispenser sendiri ya kak. Saya pun tak terlalu suka kalau kuah banyak sangat. JD bagus kalau bisa tuang sendiri

    ReplyDelete
  7. best bila kat airport ada makanan halal. patutla jepun ni pun dah menuju ke arah negara muslim friendly kan. siap ada kisok makanan halal tu :D

    mmng comfort food betullah sarapan udon, pastu ada nasi dan ikan cmtu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... kalau kat airport ada kiosk makanan halal/muslim friendly lagilah pelancong suka datang.
      Food kat sana tak berempah tapi ada rasa yang sedap.

      Delete