Ayah suggest singgah rumah Cik Ami di Kajang. Tapi sebelum tu nak jalan² ke beberapa tempat.
Tempat pertama ke Saudagar Nanas Agrofarm di Sungai Merab. Dalam 2.6 km je dari Putrajaya.Ibu ada baca di blog Ezna Khalili sebelum ni, itu yang teringat tempat ni dan datang sini. Tq Ezna share tempat-tempat menarik sekitar Putrajaya. Nanti bila-bila kami pergi Beryl's pula.
Aishhh.. curam pulak jalan ni. Laluan masuk.
Nanti nak keluar ikut laluan sebelah kanan.Mujur juga..
Tak sure nanas apa... mungkin MD2.
Kakaktua ni dok garu² badan.
Ada tu kalau nak beli kek dan bahulu.
Buat pesanan di kaunter kalau nak makan dan minum.
Kami duduk kat bawah sana.Nampak macam nanas tu sedang ditanam semula.
- Pineapple Asam Boi
- Popiah Nanas
- Pineapple Cheese Cake
- Teh tarik
Pokok tumpang.
Kamu malu ke?
Sebelum balik ibu ada beli 2 biji nanas. Satu hari selepas tu ibu kupas sebiji namun dapati ia tak semanis masa beli di Nanas Montel. Mujurlah ada Kuah Rojak Mak Bee... selesai masalah😆
Nanas md2 patutnya manis
ReplyDeleteTu lah wak... sebab md2 yang beli sebelum ni manis leting.. beli kat sini lain pulak.
DeleteWahhh akhirnya ke sini ya....tempat ni memang cantik la....burung ni masa pergi dulu bila cakap hello...dia pun cakap hello.....
ReplyDeleteOo... kena sapa dulu lah eh baru dia cakap😅.
DeleteSemuanya berasaskan nenas. Cie tak makan nenas, kalau makan boleh terjah ni bila ke sana.
ReplyDeleteRasa menu yang goreng² pun ada nanas macam nasi goreng.
DeleteCie tak makan nanas mungkin tak suka lidah akan lidas kan.
Wah, menarik ni... semuanya berasaskan nanas... kalau ada jual lauk nasi campur pun mst menarik kan? asam pedas campur nanas, MLCA campur nanas, pajeri nanas, sayur bening nanas, nasi goreng nanas... mst viral
ReplyDeleteKihkih... menu MLCA nanas tu takdelah kat situ KM... tapi takat nasi goreng nanas tu ada lah. Ehhh... sayur bening nanas akak pernah makan tau masa kecik.. nanas muda potong nipis². Seger je hirup kuahnya.
DeleteTadinya saya memang lihat ada kafe yg khusus nenas dekat putrjaya. Dah niat saya datangi kak. Tp gara2 pas sarapan di hotel, ada terhidang nenas, masam sangaaaat rasanya 🤣🤣🤣. Langsung Batal nak ke tempat nenas itu, kuatir masam hahahaha
ReplyDeleteHahahha.. kalau dah masam memang potong selera kecuali tambah kuah rojak baru sedap.
DeleteDulu Ms mula2 viral nk order pon kene beratur berjam2, skrg dh sepi.. huhu
ReplyDeleteMakaihhhhh.... lama tu nunggu.
DeleteBiasalah masa viral. Masa kami pergi tu tak ramai orang pun.
Sejak viral tempat ni belum berkesempatan lagi datang sini. Bestnya. Dahlah saya suka nanas. Dapat cicah dengan kuah rojak, sedap tu.
ReplyDeleteBolehlah singgah bila² tu sebab sekarang tak ramai orang, setakat yang akak pergi😄
Deleteada baca kat blog kak ezna juga haritu, tapi tak sampai lagi sini. padahal duduk kat bangi je hehe. sebab tak berapa minat sangat dgn nanas xD
ReplyDeleteBiasalah tu... yang dekat tak berapa nak hairan kat tempat viral lagi-lagi tak berapa minat nanas 😁
DeleteComel lote nanas segarnya.
ReplyDeleteEh, ada yang tak manis pula ye.
Padahal bila dah kupas kulit tu nampak dah cukup masak... mungkin ada petua nak pilih nanas yang manis. Tapi bak komen WP, patutnya MD2 tu manis.
DeletePokok tumpang tu namanya Bromeliad,,suka tengok jenis ada corak macam tu...SA ada satu tapi mati kena kencing ngan Mummy Brown...Saudagar Nanas ni pun SA blom pernah sampai lagi...nanti nak pi jugak la...
ReplyDeleteOo laaa.... panas rupanya air kencing kucing tu sampai pokok boleh mati. Haaa.. try lah jalan sana.. rasa tak jauh juga dari Bangi tempat Acu.
Delete