Ibu simpan sini sebagai kenangan.
Pokok cempedak dan jering ni tumbuh sendiri.. maksudnya dari pokok yang induknya dah lama kena tebang bila bukit ni ditarah untuk buat rumah. Rezeki kamilah cucu-cucu dapat makan hasil tanaman arwah atuk dan nenek ibu.
Pokok cempedak yang rajin keluarkan buah walau tak banyak. Cukup buat kami cucu-cucu arwah nenek yang duduk di tanah yang sama.
Sebelum ni Cik Ujang yang tengokkan buah ni tapi bila dah ukur tanah, pokok ni di tanah Cik Yah maka Cik Rasul pulak take over jaga pokok. Kena bungkus buah cempedak ni.
Buah ni takde besar sangat.
Tapi ulas dia besar-besar. Ini untuk sekali goreng.
Walau warna tak oren atau kuning pekat tapi rasanya tetap manis.
Ini lah pokok jering, tumbuh bersebelahan je dengan pokok cempedak.
Selepas ini kedua-dua pokok akan dipindahkan atau ditebang bila kami akan besarkan jalan lagi 12 kaki ke tanah lot 4028A.
Besarlah lagi jalan dan boleh selisih 2 buah kereta. Laman rumah pun akan lebih besar.
Sayangnya mereka terpaksa dikorbankan
ReplyDeleteMemang sayang sangat sebab hasil tanaman arwah atuk dan nenek.
DeleteBoleh tanam lagi pokok-pokok tu di tempat lain.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat merasa hasilnya. Tapi sayang pulak nak ditebang. Kalau pindah tempat lain harapnya hidup subur lah dia. cempedak tu isi dia tebal betul. Berbaloi buat goreng cempedak.
ReplyDelete