Hari ini tiada alasan... wajib exercise. Badan dah rasa lemau sangat. 2 minggu lepas alasan selepas dapat vaksin tak boleh buat exercise berat. Minggu lepas pulak cuaca panas sangat jadi taknak badan terlalu panas..... alasan demi alasan dicari hahahah
Hari ni pulak jam 6.00 pm cuaca just nice. Walau dah tak ada matahari tapi bahang ada sikit.. sesuai lah untuk exercise.. kalau cuaca sejuk mau tarik selimut sambil layan socmed.
Sedang atas threadmill Cik Baya datang bawak makanan frozen yang dipesan. Diorang sembang kat luar... ada Cik Ana dan Cik Ujang. Rupanya sempat lagi mereka minum-minum petang.
Irdina sombong ehhh dengan makngah.. senyum pun taknak. Yang pelik dengan pakngah elok je ketawa terkekek-kekek. Kakak Wafi pun perasan Dina tak datang peluk.. mungkin dah lama tak jumpa.. haritu kan kena kuarantin... dah lupa dengan kakak sepupu.
Selamat kembali exercise. Dah tak ada alasan lagi dah. hihi...Alhamdulillah dapat rezeki buah buahan. Malam pulak cuti masak :)
ReplyDeleteTempting tengok menu dinner akak tu.
Nak mula tu memang liat.. tapi once dah dapat tempo, bolehlah teruskan.
DeleteSalam, bagus dapat exercise, Alhamdulillah rezeki melimpah ruah, selamat menjamu selera..
ReplyDeleteWsalam, terima kasih singgah blog sendu ni.. nanti saya ketuk pintu rumah awak ya cari makan.
DeleteHari yang terisi dengan kegembiraan dan rezeki. Saya ni badan pun dah lemau lama tak bergerak. Asyik mengular jew petang-petang hiihihii.
ReplyDeleteCikgu Amie dah lama sangat bergerak2.. pasti kat sekolah sebelum ni asyik berjalan sahaja. nahh.. sekarang boleh luruskan kaki di rumah.
Delete