Beliau yang merupakan seorang solo traveller telah mengabadikan pengembaraannya dengan menghasilkan buku berbentuk travelog.
Tulisan beliau sangat santai.
Kagum dengan cara beliau mengembara secara solo.
Oh ya... trip ke Bhutan ni beliau pergi melalui agensi yang telah dilantik oleh kerajaan Bhutan sebab kerajaan Bhutan amat mengehadkan kemasukan pelancong demi menjaga alam sekitar dan kebudayaan mereka.
Semua koleksi beliau ibu ada kecuali Travelog ET Pakistan A Journey Through Paradise. Yang itu tak beli sebab sudah ada versi BM.
Selain penulisan Siti Noraidah, ibu ada lagi beberapa buku dari penulis lain antaranya Normi MS, Suhaili Mohd Zain, Izan Ali dan beberapa lagi. Masih mencari-cari buku travelog lain.
Seronok baca pengalaman mereka melancong ke negara lain.
Buku travelog pertama Travelog Beijing yang dibeli pada tahun 2012 di PWTC semasa Pesta Buku Antarabangsa. Seronok dapat bertemu dan mendapat tandatangan salah seorang penulisnya iaitu Uthaya Sankar SB.
Ibu juga suka baca pengembaraan atau lawatan penulis lain melalui blog seperti Mohd Hadi Shafawi, Yan Journal, Amie's Little Kitchen, Solo Traveller, Jari Manis Travel dan beberapa blog lain. Mula-mula baca satu blog lepastu mereka ada link dengan blog lain jadi banyaklah info yang kita boleh dapat. Nak berjalan tak tau lagi jadi bila baca pengembaraan mereka dapatlah melihat-lihat tempat orang.
Cepatlah berhenti kerja... dan cepatlah covid pergi.
Seronok membaca pengalaman orang lain mengembara ke tempat orang. Dapat juga rasa feel tu.
ReplyDeleteBetul tu.. suka tengok negara orang lain juga.
DeleteOh! terbaca catatan perjalanan saya juga rupanya..... terima kasih sudi singgah baca! Lamanya tak travel.
ReplyDeleteBaca perjalanan/travel Cikgu Amie dulu barulah follow cikgu.
ReplyDelete