Pages

Friday, August 6, 2021

Vaksin Dos ke 2

Alhamdulillah selesai vaksin dos kedua untuk ibu dan ayah.
Cepat je selesai.. jam 3.45 pm sampai KPJ, 4.15 pm dah selesai. Ini kerana tidak perlu isi borang lagi. Hanya 2 kaunter sahaja sebelum divaksin.

Rupanya hari ini hari terakhir khidmat suntikan vaksin dose ke 2 di KPJ Ampang Puteri setelah menyediakan perkhidmatan ini selama 2 bulan. Kiranya yang datang hari ini semua mendapat dose kedua.

Haaaa... senang prop macam ini.. boleh terus ambil gambar.
Tudung #Bujurdaun yang supercomfy.

Sorilah ayah... pakai kasut lawa khas untuk vaksin tapi tak nampak dalam gambar heheh

Lepas setel semua, Puan Masyitah, pegawai yang mengiringi kami bawa pula ke bilik VIP.

Merasalah masuk bilik yang mewah ini. Sudah tersedia hidangan minum petang. Aduhh... susah-susah pula. Seganlah kami menerima layanan yang sebegini rupa. 

Ikut plan awal kami nak lunch sekali dengan Uncle Bad, beli set kambing bakar dari Kambing Kontena. Lepastu tukar, disebabkan kami ingat nak balik awal singgah SCM, jadi Uncle Bad tapau bawa balik je. Tapi Uncle Bad nak juga jamu kami minum petang. Nak menolak tak sampai hati pula.

Puan Masyitah yang Uncle Bad minta iringi kami dari awal hingga akhir. Masa ini Uncle Bad tak sampai lagi.

Dah cakap tak perlulah iring since kami boleh attend sendiri. Menurut Puan Masyitah, Uncle Bad insist juga. Hurmmmm...

Inilah Uncle Badri, CEO KPJ Ampang Puteri. Kawan baik ayah semenjak zaman U lagi. Coursemate ibu pula. Uncle Bad  ni lah yang jadi pengapit ayah masa kami kahwin dulu.

5.45 pm barulah kami gerak balik. Singgah solat di surau tol Setia Alam, lepastu singgah di Setia City Mall beli nasi ayam di The Chicken Rice Shop. Belikan hadiah Adnin di Famos Amos dan Big Apple.

Happy birthday Denin yang ke 12.
Semoga sihat dan menjadi anak yang menggembirakan ibu ayah.

Denin kan dah slim, mesti taknak makan donat banyak.. untunglah kakak Ain dan Adam hehee

Inilah hidangan makan malam kami sekeluarga. Makan atas lantai je.

Ibu simpan di sini video semasa vaksin. Nurse yang cucuk tu minta ibu tengok jarum... aduhhh dah lah ngeri. Tapi kali ni tak seseram 1st dose. Nurse lelaki ni plak peramah dan pandai tackle, jadi tak rasa sakit.



Covid 19 Vaccination Digital certificate
Dah boleh rentas negeri ke cemana :-)






 

4 comments:

  1. Alhamdulillah.Moga baik-baik saja selepas ini.
    Happy birthday Denin yang manis. Moga berjaya dunia dan akhirat. Jadi anak solehah, taat pada ayah dan ibu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. terima kasih cikgu Amie. Denin ni anak buah kami duduk sebelah rumah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah terima 2 dos. Seronoknya dapat layanan istimewa. Semoga baik baik je selepas mendapat vaksin. Happy belated birthday Denin, semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang baik pun rezeki dari Allah kan Fiza.

      Delete