Pages

Sunday, August 15, 2021

Jimbo

Abang Imi ada hobi baru.. bela ikan laga.
Ikan laga ni dari baka Beta.
Macam tu lah yang ibu dengar. Beli dari kawan yang duduk di Ampang.
Ikan, batu, rumpai, makanan ikan semua beli secara online.

Kagum jap ibu sebab ikan pun dihantar melalui kurier.

Wafi : Abang... kita nak namakan ikan ni Jimbo tau.
Bami : Sukahati je.. tak payah lah bagi nama. 
Wafu : Kenapa tak boleh?
Bami : Nanti kalau mati beli je lah ikan lain.

Haaaa.. gitu alasan bami. Takyah lah nak sedih2 kalau ikan tu mati.. kalau ada nama dah meratap-ratap pulak.

Ok lah.. ibu rasa ada point di situ.

Tapi sampai ke hari ini Wafi masih panggil Jimbo.. Jimbo...
Apa-apalah asal kan korang jaga sendiri ikan tu.

Wafi haritu ada cakap.. abang suruh dia bagi makan ikan.. makanan ikan tu punyalah banyak.. kena kira bagi 6 biji je.. adoiii.. dahlah kecik-kecik.
sabar je lah.

Masa abang Imi sekolah rendah pernah bela ikan.. ikan kecik-kecik adalah banyak ekor.. last-last ikan tu mati sebab ada yang melompat dari akuarium. 
Waktu tu pun bukan tau macamana nak jaga ikan pun!

Harap-harap kali ni lebih baik.
 

4 comments:

  1. Jimbo pun Jimbo lah Wafi. Pernah juga bela ikan laga. Tapi itulah ilmu tak berapa nak banyak, mati selepas beberapa bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang malas nak bela2 haiwan dalam rumah ni.. kucing pun taknak walau Wafi ada rekues. Sebab dulu masa kecik kerap kena bersihkan najis kucing atau ayam kat rumah mak.

      Delete
  2. Anak-anak memang suka haiwan peliharaan. Firdaus pun selalu bising nak bela ikan, nak bela hamster, nak bela arnab, nak bela kucinglah. Mana yang mudah seperti bela ikan pelaga tu kami turutkan sajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kata kalau nak anak kita penyayang bagilah mereka pelihara haiwan. Sebab tengok anak2 buah yang ada bela haiwan peliharaan nampak mereka ni penyabar.. tapi masalahnya saya yang tak sabar hehe..

      Delete