Pages

Tuesday, August 31, 2021

Lempeng di Pagi Hari Kebangsaan oleh Chef Wafi

Hari yang indah.. di awal pagi hujan rahmat. Sejuk je pagi ni. Sayang nak tinggalkan katil hahha..

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disambut penuh sederhana. Hanya persembahan di Dataran Pahlawan Putrajaya. Tiada parade namun tetap kita raikan sebagai semangat patriotisme agar generasi akan datang meneruskan kesinambungan Hari Kebangsaan ini.

Ibu rasa dari zaman sekolah rendah akan mengambil kesempatan untuk menonton persembahan Hari Kebangsaan di kaca TV. Rasa seronok.

Pagi ni ibu goreng wedges sahaja. Wafi datang dapur cakap...

Boleh tak ibu lainkali buatkan lempeng tapi taknak letak santan (kelapa).

Kalau dah macamtu mestilah Wafi teringin makan sekarang.. anak ibu... ibu taulah.. Lantas ibu satukan tepung, garam dan air. Wafi tolong kacau.

Wafi kata nak try buat sendiri... ehhhhh.. ibu lagi suka.

Ibu masukkan sedikit minyak.. lepastu Wafi masukkan batter. Tunjuk bila masa nak balikkan dan bila nak angkat.

Lepastu Wafi setelkan semua.

Baru dapat 2 keping ibu ambil gambar dulu.

Walau agak tebal sedikit tapi for the beginner ibu bangga dengan Wafi.

Well done Wafi😘😘😘

Harap lepasni boleh goreng telur sendiri.. takut sangat dengan minyak. Idea Cik Wada goreng dalam non stick pan sebab tak perlu minyak banyak atau tak perlu minyak langsung.
 

4 comments:

  1. Wah! Cantik kejadian lempeng Wafi.
    Selamat menyambut hari kemerdkaan ke-64. Moga negara kita terus aman makmur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cikgu Amie.. suka dia terima pujian bila saya tunjuk komen ni. Bila post kat grup family dan makcik2 puji lagi semangat nak habiskan melempeng tu. Siap bagitau resepi kat abang dia.

      Delete
    2. Sama-sama.
      Nanti Wafi buat lempeng lagi ya.

      Delete
  2. Saya pun suka tengok acara Hari Merdeka kat TV je. Well done Wafi, elok kejadian lempeng Wafi buat.

    ReplyDelete