Pages

Monday, August 30, 2021

Cucur Jagung Di Ambang Kemerdekaan

Kalau ikutkan hampir setiap tahun sebelum Covid, malam 31hb Ogos kami akan mengunjungi Dataran Shah Alam untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor. Selepas itu akan check-in mana-mana hotel yang telah ditempah awal. Kiranya short getaway juga. Ini tahun kedua kita tunggu detik 31hb Ogos di rumah sahaja. Kalau bernasib baik ada jiran sekampung yang akan memasang bunga api. Nampak lah meriah kan.

Jadi malam ni sambil-sambil menonton TV kita makan cucur jagung bersama teh-o.
Selepas maghrib tadi goreng.


Resepi Cucur Jagung

Bahan-bahan
1. 3 cawan tepung gandum
2. 3 tongkol jagung (hiriskan biji-biji)
3. 2 biji cili merah (buang biji dan hiris)
4. 1 1/2 biji bawang merah (hiris)
5. 10 ekor udang (buang kulit dan potong 1/2 inci)
6. 3 SB udang kering (tumbuk)
7. 1 SK garam
8. 1 paket yis Mauripan
9. Air

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di atas. Air tu secukupnya.. adunan tidak terlalu pekat.
2. Peramkan 1/2 jam dan batter akan mengembang
3. Panaskan minyak dan jemputkan dalam minyak atau guna sudu.
4. Goreng sehingga keperangan
5. Angkat dan toskan

Dapat 2 pinggan besar... hantar rumah Adam juga.. berbagi rezeki.

Lembut tekstur cucur ni.
Ayah makan bertambah-tambah. Ayah cakap ni kalau add in dalam mi goreng mamak memang mantap... eh eh... mamak pulak dapat nama.

Cicah dengan sambal sotong baki semalam.

Dinner ini sahaja.. hari ini kan ibu tak masak sebab tengahari tadi ibu tapau nasi dari Warung Syukri yang viral.. makan kenyang sampai ke malam.

 

4 comments:

  1. Sedapnya cucur jagung.
    Inilah makanan kegemaran anak-anak di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap cikgu.. anak yg sulung paling gemar sebab dia suka manis jagung.

      Delete
  2. Tahun ni diambang merdeka dengar sedas dua je bunyi bunga api. Lepas tu senyap sunyi.
    Sedapnya cucur jagung ambang merdeka ni. Nampak cruncy diluar rasa lembut didalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini ada 3-4 batch juga.. kami tumpang tengok dan dengar je dari jauh.. bagi seronok anak2. Sedap gak cucur ni.. maklumlah buat pun jarang2🤭🤭

      Delete