Pages

Saturday, August 14, 2021

Pulangnya Jiran Ke Pangkuan Allah

Pagi ini diberitakan yang jiran seberang jalan rumah kami telah meninggal asbab kepada Covid 19. Allayarhamah telah dimasukkan ke hospital beberapa hari lepas. Tahap oksigen yang semakin menurun menyebabkan doktor perlu menidurkan untuk intubate tetapi Allah sungguh menyayangi beliau.

Ahli keluarga positif. Termasuk Allayarhamah, anak perempuan juga masih di hospital. Suami yang baru sembuh dari stroke dan positif kuarantin di rumah bersama anak lelaki.

Selepas ini tidak dapatlah bertanya-tanya menu yang hendak dimasak kerana ibu biasa jumpa makcik Sabariah ini di kedai berhampiran untuk membeli bahan basah. Beliau juga seorang yang suka menghias rumah. Keadaan rumah mereka sangat bersih dan kemas.

INFO KEMATIAN


 إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ 

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُا  وَارْحَمْهُا وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْهُا


14.08.2021 Sabtu

Dukacita dimaklumkan bahawa SABARIAH BINTI SABIRIN (isteri kepada Mazalan B Mohd Yatim) tinggal di Jln Rebung, Kg Bukit Kapar, telah kembali menemui penciptanya sekitar jam 5 pagi tadi di HTAR asbab covid.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak-banyaknya serta dijadikan kuburnya sebahagian dari taman-taman syurga.

Al Fatihah 

الفاتحة 

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ 

 اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ 

الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

Sebentar tadi bacaan Yaasin secara google meet bersama jiran-jiran.

Semoga Kak Sabariah ditempatkan bersama ahli syurga tanpa hisab dan ahli keluarga yang lain cepat sembuh dan dipermudahkan urusan.

🥀🌻🥀🌻🥀🌻🥀🌻🥀🌻

ASSALAMUALAIKUM WBT

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL

ALLAHYARHAMAH SABARIAH BT SABIRIN

14/8/2021

Sabtu mlm ahad

8.00 mlm


⤵️

meet.google.com/zsc-xuvm-rzf


SAUDARA MARA ..SAHABAT HANDAI..JIRAN TETANGGA DIJEMPUT UTK SAMA2 MENJAYAKAN..


🥀🌻🥀🌻🥀🌻🥀🌻🥀🌻

2 comments:

  1. إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

    Al fatihah buat arwah Sabariah binti Sabirin. Semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aaminn...


    ReplyDelete
  2. Salam takziah.
    Allahu Akbar. Cocid-19 memang tak bermata!

    ReplyDelete